suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dedah nama penuh anak angkat, Noh Salleh dianggap tak sensitif

Noh dianggap tidak sensitif kerana mendedahkan identiti Musa.

KONTROVERSI melibatkan penyanyi Noh Salleh bersama bekas isterinya iaitu Mizz Nina yang melibatkan anak angkat mereka menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Kenyataan terbaharu Noh atau Mohamad Noh Salleh, 39, sekali lagi menjadi perhatian apabila mendedahkan nama sebenar anak angkatnya.

"Musa Mohammad Noh bin Abdullah," ujarnya.

noh1 - 1

Noh mendedahkan nama sebenar Musa.

Noh berkongsi perkara itu ketika membalas salah satu komen netizen yang bertanya mengapa anak angkatnya berbinkan namanya.

"Kenapa Musa bin Noh?" Soal netizen.

Bagaimanapun pendedahan Noh dianggap tidak sensitif oleh segelintir netizen memandangkan selama ini identiti kanak-kanak berkenaan dirahsiakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh tak tahu ada perjanjian bekas isteri dengan ibu kandung Musa... Tampil mohon maaf, padam foto anak angkat

ARTIKEL BERKAITAN: Noh mungkir janji, tiada hak jaga anak angkat sejak cerai... Mizz Nina dedah cerita sebenar

Sebelum ini, Mizz Nina mendedahkan Noh mengambil Musa tanpa keizinan dan tanpa pengetahuannya.

Nina atau Shazrina Azman, 44, berkata dia merupakan penjaga Musa seperti yang diperintahkan undang-undang tidak mendengar sebarang khabar tentang anak angkatnya itu sewaktu diambil oleh bekas suami.

Pada 25 Januari lalu, ibu kandung Musa menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Noh susulan didakwa melanggar perjanjian bagi merahsiakan wajah Musa.

Noh kemudiannya memuat naik sebuah video tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan dia sama sekali tidak mengetahui sebarang perjanjian di antara wanita itu dengan bekas isteri, Mizz Nina.

Untuk rekod, Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, mendirikan rumah tangga dengan Nina pada Julai 2011 namun mengumumkan penceraian pada 4 Ogos 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia