suria

Rakus! Foto AI selebriti wanita bogel tular, artis bertudung pun jadi mangsa

Terdapat pihak tidak bertanggunjawab menyunting gambar seksi artis.

TEKNOLOGI kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) adalah sebuah revolusi baharu yang bukan hanya memberi manfaat kepada reka bentuk kreatif tetapi meliputi semua aspek termasuk bidang pendidikan dan pembuatan.

Keupayaan dan kemampuannya juga membantu memudahkan banyak urusan manusia namun terdapat segelintir pihak menyalahgunakan teknologi demi kepuasan diri.

Lebih malang, ada juga yang tergamak menggunakan selebriti sebagai bahan uji kaji dengan menyunting foto mereka dalam keadaan mengaibkan.

AI 1

Sophia dan Uqasha antara selebriti yang disunting gambarnya.

Berdasarkan tinjauan mStar menerusi platform Tumgik, gambar-gambar selebriti tempatan disunting secara melampau sehingga mengaibkan terutamanya dalam kalangan artis wanita.

Antara selebriti wanita yang menjadi mangsa suntingan termasuklah Uqasha Senrose, Puteri Aisyah, Sophia Albarakbah termasuk beberapa pelakon bertudung seperti Mira Filzah, Hanna Delisha dan Iman Troye.

Lebih menjijikkan pihak tidak bertanggungjawab ini tergamak menyunting wajah artis bertudung dalam keadaan berbogel dengan menampal badan yang memperlihatkan buah dada.

Meskipun jelas ia adalah suntingan namun masih terdapat segelintir pihak mempercayai foto dipaparkan adalah milik sebenar artis-artis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa jadi mangsa buli meninggal dunia, Uqasha Senrose terkejut kenapa mereka marahkan dia lagi?

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh menipu putar belit, Sophia Albarakbah kekal tenang... “Biarlah orang buat kita”

Malah sejak semalam kecoh di laman sosial Tiktok gambar pelakon Anna Jobling dalam keadaan tidak senonoh disebarkan di aplikasi itu.

Menerusi gambar berkenaan memperlihatkan wajah pelakon itu disuntung hanya memakai bikini yang menutup bahagian kemaluannya sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat.

Meskipun jelas ia hasil teknologi AI namun terdapat segelintir yang terpengaruh dengan foto palsu itu dan mengecam Anna.

AI 3

Gambar Anna yang disunting hanya mengenakan pakaian dalam.

Ada pula meminta Anna mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan foto itu kerana ia jelas sudah mengaibkan pelakon berkenaan.

"Tak baiklah buat macam ini. Apa salah dia (Anna) korang buat macam ini? Astaghfirullahalazim.

"Ya Allah, kenapa haters benci sangat dekat Anna? Apalah yang dia buat sampai kau buat dia macam ini?

"Kalau aku jadi Anna, aku buat laporan polis bagi mengheret pihak ini ke muka pengadilan biar mereka tahu perbuatan ini kejam," komen peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain