suria

Tak ramai artis berkulit gebu, Ruhainies minta terus sebut nama pelakon cantik terlibat pengubahan wang haram

Ruhainies menafikan dakwaan dikaitkan dengan kes jenayah penggubahan wang haram.

BERITA mengenai selebriti wanita terkait dalam siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) mengundang pelbagai spekulasi dan teka-teki dalam kalangan netizen.

Tidak semena-mena nama pelakon Ruhainies turut dipetik netizen kerana beberapa hint atau petunjuk yang dinyatakan dalam laporan berkenaan.

Tampil menjawab mengenai dakwaan tersebut, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, menegaskan dia tidak terlibat dengan aktiviti berkenaan dan meminta pihak tertentu untuk tidak memberikan petunjuk yang menggelirukan.

ruhainies1 - 1

Ruhainies tidak mengelak untuk menjawab soalan berkenaan spekulasi kes AMLA.

"Sebenarnya ada juga yang DM saya tanya betul ke individu yang dimaksudkan itu adalah saya. Alhamdulillah, bukan saya.

"Kalau boleh janganlah sekadar beri hint (gambaran), sebut saja terus nama. Individu lain yang tak terlibat pun dah terkait sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies mohon maaf, tergesa-gesa punca pakai 'inner' nampak lurah

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya bebas berkawan dengan sesiapa" - Ruhainies minta henti sebar fitnah bercinta dengan anak ahli politik

"Bila hint yang diberikan itu katanya artis berkulit gebu, bukan ramai sangat yang gebu... mungkin ada 10 orang artis gebu jadi netizen buat spekulasi antara kami," katanya kepada mStar.

Ruhainies mengulas mengenai isu itu ketika ditemui di konsert minggu keempat Famili Duo musim ketiga (FD3) yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Kalau boleh janganlah sekadar beri hint (gambaran), sebut saja terus nama. Individu lain yang tak terlibat pun dah terkait sama.

RUHAINIES

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama Maaf Tak Indah itu tidak kisah sekiranya netizen melakukan siasatan di media sosial kerana dia yakin tidak terlibat dengan aktiviti berkenaan.

Malah, dia bersyukur rezekinya dalam industri seni tidak putus-putus.

"Sejujurnya semua orang pun tahu cara saya bekerja macam mana. Alhamdulillah back to back saya berlakon dan rezeki itu ada sahaja dalam industri seni ini.

"Tapi untuk sebarang tuduhan yang dibuat saya juga tidak dapat mengelak. Netizen boleh siasat sendiri rasanya.

ruhainies2 - 1

Ruhainies bekerja keras dalam mencari rezeki sendiri.

"Kalau benar saya lakukan sebarang kesalahan atau jenayah mesti mereka dapat tahu," ujarnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang artis wanita berkulit putih gebu didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dan di bawah pantauan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut sebuah portal berita, artis wanita ini sering menunjuk kemewahan di media sosial biarpun kerjaya lakonannya tidaklah begitu hebat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain