suria

Irene terkejut tiba-tiba ‘famous’, jawab gosip cinta dengan Syamsul Yusof... “Dia kawan mak ayah saya”

Irene tampil jawab hubungannya bersama Syamsul.

WANITA yang dikaitkan dengan Syamsul Yusof iaitu Irene Deanna akhirnya tampil menjelaskan hubungannya bersama pengarah berkenaan.

Irene, 25, berkata hubunganya dengan pengarah popular itu hanyalah sekadar rakan dan tidak lebih daripada itu.

"Saya dan Syamsul sekadar kenalan, sebab dia kawan mak ayah saya. Sekadar kenalan hi dan bye macam itu.

irene

Irene dan Syamsul hanya berkawan.

"Bagi pihak saya, tiada apa yang nak komen tentang isu yang melibatkan Syamsul Yusof. Memang tiada apa-apa (hubungan) dengan dia," katanya semasa ditemubual pemberita.

Katanya, dia turut akui apabila namanya menjadi sebutan netizen malah terhibur dengan pelbagai komen netizen.

Dia bagaimanapun berkata gosip tersebut sama sekali tidak menganggu rutin hariannya.

"Saya terkejut bila nama saya tiba-tiba viral dan menjadi sebutan orang. Saya cakap dengan mama saya kenapa jadi macam ini eh.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kecoh Syamsul rapat dengan seorang wanita, Puteri Sarah terkejut IG ‘diserang’ komen netizen - “Saya baru tahu...”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Syamsul Yusof sedang terima kifarah, Ira Kazar hanya tersenyum dalam video live Nilam - “Tapi aku tak boleh cakap lebih-lebih”

"Isu itu sama sekali tidak mengganggu hidup saya. Saya buat kerja macam biasa sahaja. Rasa stress pun tidak.

"Saya baca komen netizen sikit-sikit, sebab orang ada juga yang hantar dekat saya. Bila saya baca saya tergelak," katanya lagi.

Dalam pada itu, Irene juga menjelaskan khabar yang tular itu disebabkan pengarah berkenaan memiliki urusan kerja dengan syarikat bapanya.

"Itu lah, tiba-tiba famous. Tapi bila pengikut bertambah itu saya Alhamdulillah. Terima kasih kalau ada yang sokong saya dalam tak sedar.

iii

Irene bersyukur dapat pengikut yang ramai.

"Berkenaan gambar yang tular itu sebenarnya Syamsul datang ada urusan kerja dengan Utama Motor. Kemudian kami bergambar beramai-ramai macam biasa, sebab dia rakan ibu bapa saya, tiba-tiba gambar itu tular," ujarnya.

Sebelum ini, nama Irene menjadi sebutan susulan tular foto mesranya bersama Syamsul Yusof.

Susulan itu rata-rata netizen mendakwa Irene merupakan kekasih baharu kepada pengarah berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain