suria

Pelakon drama bersama tiga kawan boleh dihukum mati edar ganja

Said didakwa mengedar ganja seberat 494 gram.

SEORANG pelakon drama iaitu Said Muhammad Ismail Said Pakir bersama tiga rakannya berdepan hukuman mati sekiranya didapati bersalah kerana mengedar dadah jenis ganja seberat 494 gram pada 3 Januari lalu.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 31 Mac ini bagi mengetahui laporan kimia terhadap pertuduhan itu.

Majistret Wong Chai Sa membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Sareeka Balakrishnan memaklumkan kepada mahkamah pihaknya belum menerima laporan kimia berkenaan.

said3 - 1

Said merupakan pemilik sebuah kedai vape.

Menurut pertuduhan, Said, 29, bersama H S Sarvinder Singh, 23, Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30 dan Delson Dean Samson Akmal, 26, mengedar ganja seberat 494 gram di Jalan Klang Lama, Brickfields pada pukul 9.34 malam pada 3 Januari 2023 bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati atau dikenakan sebatan minimum sembilan kali dan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismahalil diperintah bela diri kes edar dadah, berdepan hukuman mati

ARTIKEL BERKAITAN: Surat dari penjara... Penyampai radio Isma Halil luah rasa rindu mahu peluk cium ibu, tak dapat tunai janji dengan arwah bapa

Pada 10 Januari lalu, mereka telah didakwa namun tiada pengakuan direkodkan daripada selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret berkenaan selain hukuman berkenaan berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Untuk rekod, Said Muhammad Ismail merupakan pemilik sebuah kedai vape, manakala Savinder Singh serta Delson Dean bekerja di kedai vape berkenaan dan Muhammad Amir Hafiz pula adalah seorang penjual burger.

Sebelum ini, mereka dilaporkan ditahan selepas dipercayai menjual ganja dalam bentuk cecair rokok elektronik dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama pada 3 Januari lalu.

Said pernah popular menerusi beberapa buah drama termasuk Hati Tanpa Rasa, Jodoh Kanan Kiri Kanan dan Umar Hatta

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain