suria

[V] Syamsul tunjuk tanda ‘peace’ dan geleng kepala ditanya benarkah pernah pukul Puteri Sarah

SYAMSUL Yusof hanya menggelengkan kepala ketika diajukan pertanyaan berhubung pendedahan Puteri Sarah Liyana yang mendakwa pernah dipukul suaminya itu.

Pemilik nama sebenar Mohd Syamsul Md Yusof, 39, itu hanya menunjukkan isyarat tangan tanda 'peace' dan Allah yang satu kepada petugas media ketika keluar dari dewan mahkamah sejurus prosiding kali pertama pada pagi Selasa selesai.

Pada prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Puteri Sarah, 38, mendedahkan perkara itu selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadapnya.

Bercakap lanjut mengenai perkara itu, Puteri Sarah menjelaskan dia tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana masih wujud rasa cinta terhadap Syamsul.

file7p834tlzx4ib77z2lmr (1)

Syamsul enggan menjawab sebarang soalan berhubung kes penceraiannya.

Menurut Puteri Sarah, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail antara individu yang membantu dia keluar dari rumah gara-gara kekasaran dilakukan Syamsul.

Sementara itu, Peguam Syarie yang mewakili Syamsul iaitu Rushdan Sujak Rafie memberitahu anak guamnya selaku defendan gagal mencapai kata sepakat berhubung permohonan dibuat plaintif.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah buat pendedahan mengejut pernah jadi mangsa pukul Syamsul

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof enggan cerai Puteri Sarah, mahkamah perintah lantik Jawatan Kuasa Pendamai

Sehubungan itu mahkamah menubuhkan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang akan diwakili oleh wakil kedua-dua belah pihak bagi menyelesaikan kemelut pasangan berkenaan pada 10 April depan.

"Jadi pada sesi akan datang akan ada sesi laporan daripada JKP," katanya.

Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah nekad memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Syamsul di mahkamah sama.

file7p834ootvd2s2fiulmr

Puteri Sarah tetap dengan pendirian mahu bercerai.

Sebutan kali pertama hari ini juga adalah sehari sebelum ulang tahun perkahwinan kesembilan pasangan berkenaan yang jatuh pada 8 Mac 2023.

Kemuncak pergolakan rumah tangga pasangan ini berlaku apabila pada 6 Januari lalu, Syamsul mengakui sudah bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.

Puteri Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

Hasil perkahwinan mereka, Syamsul dan Sarah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain