suria

“Lama tak dengar suara saya, kan?” - Itu reaksi Syamsul ketika tiba di mahkamah kes sebutan cerai Puteri Sarah

Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan kes penceraian yang difailkan isterinya, Puteri Sarah Liyana pada pagi Selasa.

Syamsul tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi ditemani peguam dan beberapa individu dipercayai pengawal peribadinya.

Pengarah filem The Original Gangster itu tampil mengenakan sut hitam lengkap bersongkok dan berkaca mata hitam kelihatan tenang ketika melalui petugas media yang menantikan kehadirannya di mahkamah.

syamsul1 - 1

Syamsul kelihatan tenang tiba di mahkamah kira-kira pukul 9 pagi. - FOTO: AZMAN GHANI

Syamsul sempat menyapa petugas media dan secara berseloroh memberitahu sudah lama suaranya tidak didengari.

Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah nekad memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Syamsul di mahkamah sama.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Cukup 9 tahun jadi isteri Syamsul” - Puteri Sarah nekad cerai selepas dapat petunjuk, tarikh sebutan sehari sebelum ulang tahun perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar, minta Puteri Sarah selesai kemelut rumah tangga tanpa buka aib

"Assalamualaikum. Lama dah tak dengar suara Syamsul, kan?," katanya sebelum berlalu pergi memasuki dewan mahkamah.

Sebutan kali pertama hari ini juga adalah sehari sebelum ulang tahun perkahwinan kesembilan pasangan berkenaan yang jatuh pada 8 Mac 2023.

maxresdefault

Puteri Sarah nekad bercerai dengan Syamsul selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Kemuncak pergolakan rumah tangga pasangan ini berlaku apabila pada 6 Januari lalu, Syamsul mengakui sudah bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.

Puteri Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

Hasil perkahwinan mereka, Syamsul dan Sarah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain