suria

[V] Syamsul Yusof enggan cerai Puteri Sarah, mahkamah perintah lantik Jawatan Kuasa Pendamai 

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana ketika hadir pada sebutan pertama kes di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

Syamsul atau Mohd Syamsul Md Yusof, 39, yang juga defendan kes tersebut memberitahu keputusannya itu di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas.

Pada sebutan kes tersebut, Syamsul diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak manakala Puteri Sarah selaku plaintif diwakili Datuk Akberdin Abdul Kader.

SY - 1

Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Sarah.

Sehubungan itu, Akmalludin memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JPK) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lama tak dengar suara saya, kan?” - Itu reaksi Syamsul ketika tiba di mahkamah kes sebutan cerai Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Cukup 9 tahun jadi isteri Syamsul” - Puteri Sarah nekad cerai selepas dapat petunjuk, tarikh sebutan sehari sebelum ulang tahun perkahwinan

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

SARAA1 - 1

Puteri Sarah keliru dengan tindakan Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain