suria

Hafidz Roshdi ditahan kes tumbuk isteri, polis mohon perintah mahkamah halang dekati Shuhada

Hafidz Roshdi ditahan polis semasa hadir memberi keterangan.

PELAKON Hafidz Roshdi ditahan polis bagi membantu siasatan atas dakwaan menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dalam kejadian di sebuah kawasan rehat dan rawat (R&R) di Sungai Buloh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pelakon berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari Sabtu ketika dia hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.

Hussein memberitahu Hafidz dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangannya diambil pada hari sama.

295070700_1401444603600345_700251319525123052_n

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

"Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek.

"Ada kemungkinan polis akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini (Ahad)," katanya kepada mStar pada Ahad.

Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan sudah menerima laporan awal perubatan mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian pipi kiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada terus buat pendedahan, dakwa adik ipar bersubahat dengan Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan terperinci dijalankan, D11 ambil alih kes Hafidz Roshdi cederakan isteri

Hussein menambah, pihaknya juga akan mendapatkan surat perintah mahkamah sementara pada Isnin ini bagi menghalang pelakon berkenaan mendekati mangsa sementara siasatan dijalankan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pada 2 Mac lalu, Hafidz didakwa menumbuk wajah Shuhada sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.

333903861_227683296313807_6481385042783489908_n (1)

Shuhada terima 10 jahitan selepas ditumbuk Hafidz Roshdi.

Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan dan menyebabkan wajahnya mengalami parut kekal.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umur, 2 tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah pada 28 Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain