suria

Shuhada terus buat pendedahan, dakwa adik ipar bersubahat dengan Hafidz Roshdi 

Shuhada dedah keluarga Hafidz Roshdi toksik?

SEJAK insiden dikasari Hafidz Roshdi pada 2 Mac lalu, Nurul Shuhada Mat Shukri dilihat tidak mendiamkan diri dan terus mendedahkan satu persatu sikap pelakon berkenaan.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram miliknya, Shuhada, 29, memberi bayangan sikap aktor itu turut mendapat sokongan daripada ahli keluarga mentuanya termasuk adik iparnya yang didakwa bersubahat dalam kejadian menimpanya.

Shuhada bagaimanapun reda dengan apa dilaluinya ketika ini sekali gus berharap agar terus kuat untuk berdepan dugaan.

Shuhada sekali lagi buat pendedahan mengenai Hafidz Roshdi.

"Saya akui ujian Allah buat saya kali ini amat berat, sangat berat. Allah dah tulis takdir hidup saya dan anak-anak dengan sangat teliti.

"Sehebat dan sebesar mana pun ujian buat saya dan anak-anak, saya tak boleh lari, saya kena lalui perit sakit semua itu.

"Saya ditumbuk, saya dikhianati, saya ditipu, saya dipermainkan dengan nama Allah (dia bersumpah itu ini) sedang adik dia sendiri bersubahat dan sebagainya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan terperinci dijalankan, D11 ambil alih kes Hafidz Roshdi cederakan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku” - Shuhada ucap terima kasih Hafidz Roshdi tinggalkan parut kekal pada wajahnya

Tambah Shuhada, dia percaya kejadian yang berlaku ketika ini merupakan bantuan dari Allah untuk membebaskan dia daripada terus berdepan dengan keluarga mentuanya yang disifatkan sebagai toksik.

Dalam pada itu, Shuhada juga memohon agar orang ramai terus mendoakan agar dia dan anak-anaknya terus kuat berdepan ujian.

"Allahuakbar rasanya jiwa saya dah rabak, hati saya dah remuk, saya tahu Allah tengah hulurkan tangan buat saya untuk keluar daripada penderitaan ini, hubungan ini, dari keluarga toksik.

333741494_912488159880511_3683752731742343103_n

Shuhada harap dia bersama anak kuat berdepan ujian.

"Saya mohon sangat doakan saya kuat, doakan anak-anak saya kuat, kami nak berjaya lalui ujian Allah ini dengan flying colours. Insya Allah saya tak akan pernah lupa semua yang mendoakan saya," ujarnya.

Sementara itu, usaha mStar menghubungi Hafidz untuk menjawab tuduhan itu gagal apabila panggilan telefon dibuat tidak dijawab.

Pada 2 Mac lalu, Hafidz didakwa menumbuk bahagian kiri wajah Shuhada sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di sebuah lokasi berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Selangor sekitar pukul 6 pagi.

Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan pada wajahnya.

Hafidz didakwa menumbuk bahagian kiri wajah Shuhada sebanyak tiga kali pada 2 Mac lalu.

Susulan kejadian tersebut, dua ahli keluarganya turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan ketika ini kes itu dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), Selangor.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umur, 2 tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain