suria

“Awak kahwin baru, pergilah sana…” Puteri Sarah turut dedah dah setahun Syamsul tak laksanakan ‘tanggungjawab’ suami

Puteri Sarah menegaskan mahu segera dilepaskan oleh Syamsul. - FOTO: AZMAN GHANI

PELAKON Puteri Sarah Liyana menegaskan antara faktor dia mahu menuntut cerai terhadap suaminya Syamsul Yusof kerana mereka sudah tidak lagi menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti pasangan lain.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, sudah setahun Syamsul tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan hanya memberi nafkah buat dua anak mereka.

"Kita dah lama tak macam suami isteri. Dia dah lama tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

puteri1 - 1

Puteri Sarah gesa Syamsul untuk melepaskannya.

"Nafkah anak-anak dia tak abaikan. Lagi sekali, nafkah anak-anak dia tak abaikan,” katanya yang memberi maksud sudah lama tidak 'bersama' suaminya.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu selepas prosiding kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul Yusof enggan cerai Puteri Sarah, mahkamah perintah lantik Jawatan Kuasa Pendamai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah buat pendedahan mengejut pernah jadi mangsa pukul Syamsul

Dalam pada itu, Puteri Sarah mendedahkan Syamsul enggan melafazkan talak kerana menganggap masih ada sinar untuk mereka berdamai.

Pelakon Andainya Takdir Itu bagaimanapun berkata, dia sudah tidak nampak jalan bahagia dan melihat penceraian jalan terbaik buat mereka.

"Dia masih tidak mahu melepaskan saya kerana mengatakan masih ada sinar. Sinar apa? Dia tak nak lepaskan saya kerana dia rasa masih boleh berdamai lagi.

Kita dah lama tak macam suami isteri. Dia dah lama tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

PUTERI SARAH

PELAKON

"Dia kata masih ada sinar, sedangkan saya masuk hospital haritu pun tak jenguk, tak tanya khabar, sinar apa?" ujarnya.

Sementara itu, Puteri Sarah memberitahu, ini merupakan pertama kali dia dan Syamsul bertemu selepas setahun tidak bersua muka.

"Saya sudah setahun tidak bertemu dia dan selepas setahun, ini baru pertama kali saya berjumpa dengannya. Apa yang ada sinar lagi? Biarkan saya pergi.

"Saya harapkan supaya saya dilepaskan dengan baik. Jangan susahkan lagi keadaan. Untuk apa? Awak dah kahwin baru, pergilah dekat isteri sana. Saya tak marah," katanya.

Ditanya adakah perbincangan yang dibuat bersama Syamsul untuk mendapat kata sepakat bagi menyelamatkan rumah tangga mereka, Sarah hanya tersenyum dan berkata semuanya sudah terlambat.

Jelas Sarah, selama ini dia menutup aib suami kerana masih mempunyai perasaan cinta dan tidak mahu membongkarkan kepada semua.

Sarah11 - 1

Puteri Sarah ditemani peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

"Perbincangan itu sepatutnya berlaku tiga tahun lepas, kepada orang-orang di luar yang kata saya menghalang poligami, korang semua sebenarnya tak tahu apa yang berlaku.

"Pada waktu itu saya tutup aib dia kerana masih sayang, tapi sekarang bila tak mahu melepaskan saya, saya jadi tertanya-tanya kenapa?

"Saya hanya mahu keluar daripada masalah ini, saya nak move on, dah terlambat kalau baru sekarang nak tersedar isteri dah hilang," katanya.

Prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas itu, Syamsul enggan menceraikan Sarah.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, diwakili peguam syarie Roshdan Sujak.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

puteri2 - 1

Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah.

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Rentetan itu, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela hidup bermadu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain