suria

Ibu Syamsul rela jadi pencelah pertahankan menantu kesayangan, saksi kes injuksi terhadap Ira Kazar dan keluarga

Patimah mahu jadi pencelah bagi mempertahankan Puteri Sarah.

IBU kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail akan menjadi pencelah dan saksi bagi kes injuksi terhadap menantu kedua anaknya iaitu Ira Kazar yang didakwa melanggar perintah mahkamah sebelum ini.

Pelakon Puteri Sarah Liyana berkata, Patimah dengan rela hati menawarkan diri menjadi pencelah dalam kes berkenaan bagi mempertahankan dirinya.

"Sebelum saya nak pergi ke mahkamah pagi tadi, ibu mentua saya menghantar kiriman mesej memberitahu dia bakal menjadi saksi dan mahu menjadi pencelah bagi pihak saya.

PENCELAH1 - 1

Keluarga Kazar berdepan saman kerana menghina mahkamah.

"Kalau anak dia (Syamsul) jadi pencelah untuk isteri kedua, ibu mentua saya mahu jadi pencelah bagi mempertahankan saya," katanya kepada mStar.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas prosiding kes penceraian mereka di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: "Awak kahwin baru, pergilah sana..." Puteri Sarah turut dedah dah setahun Syamsul tak laksanakan ‘tanggungjawab’ suami

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul tunjuk tanda ‘peace’ dan geleng kepala ditanya benarkah pernah pukul Puteri Sarah

Pada 24 Februari lalu, Syamsul memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mencelah dalam petisyen perintah injuksi antara isteri pertama, Puteri Sarah dan isteri kedua, Ira Kazar.

Dalam afidavit sokongan itu, Syamsul mendakwa dia dinasihati peguamnya supaya mencelah dan menjadi defendan dalam kes tuntutan yang dikemukakan oleh Puteri Sarah kepada Ira.

Kalau anak dia (Syamsul) jadi pencelah untuk isteri kedua, ibu mentua saya mahu jadi pencelah bagi mempertahankan saya.

PUTERI SARAH

PELAKON

Menurutnya, tuntutan Puteri Sarah ke atas Ira itu ialah berkaitan dirinya dan jika tuntutan itu dibenarkan, ia akan memberi kesan kepada perkahwinannya dan hubungan dengan keluarga Ira.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendapat kebenaran mahkamah yang sama untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira, kakaknya Yasmin dan bapanya pelakon Kazar atau Kazaruddin Saisi.

Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai 2022 itu antara lain menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentua termasuk Syamsul.

Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya.

sa2 - 1

Puteri Sarah berkata ibu mentuanya rela hati ingin menjadi pencelah.

Sementara itu pada prosiding berkenaan, Syamsul atau Mohd Syamsul Md Yusof, 39, enggan menceraikan Puteri Sarah sekali gus mahkamah memerintahkan untuk pihak berkenaan melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan cerai mereka.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain