suria

[VIDEO] Janna Nick mohon maaf isu ‘Lisa Blackpig’, netizen ugut bunuh bakal diheret ke mahkamah

PELAKON Janna Nick akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memulakan provoksi dengan berkongsi semula video lama mengaitkan dirinya dengan kematian anggota kumpulan SHINee, Jonghyun yang meninggal dunia pada 2017.

Selain itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner juga tampil memohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati dengan kapsyen 'Lisa Blackpig' yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi produksi miliknya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dini Schatzmann pertahan teman wanita, harap Janna Nick tak berubah - “Saya tahu awak ada kebaikan dalam hati yang jarang ditemui”

"Saya telah meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu yang telah memulakan provokasi dan fitnah dengan memuat naik semula video lama tersebut.

"Manakala isu mengenai 'Lisa Blackpig', saya sebagai pengarah dan penerbit telefilem Dalen mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati dan terguris hati akan kapsyen tersebut," katanya kepada mStar.



Janna dikecam gara-gara didakwa persendakan nama ahli kumpulan Blackpink, Lisa.

Pelakon drama siri Marry Me Senorita itu memberi penjelasan berkenaan menerusi sidang media khas yang diadakan secara langsung menerusi laman Facebook dan saluran YouTube miliknya pada Khamis.

Sebelum ini, Janna yang juga pengacara program Melodi, dikritik gara-gara mempersendakan bintang Kpop, Lisa daripada kumpulan Blackpink apabila salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig. 'Pig' bermakna babi dalam Bahasa Inggeris. Karya itu disiarkan di Astro Citra pada 13 Februari lalu.

Gara-gara hal itu, Janna kemudian mengambil langkah dengan menutup akaun rasmi produksi dan menyahaktif sementara Instagram peribadi miliknya selepas menjadi sasaran netizen sehingga namanya trending di Twitter. Tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty diwujudkan.

Selain itu, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kematian anggota kumpulan SHINee, Jonghyun yang meninggal dunia pada 2018 kembali diperkatakan apabila ia dikongsikan semula peminat Kpop.

Kes ini masih dalam siasatan SKMM terutamanya dalam mendapatkan identiti pemilik akaun yang menggunakan nama samaran.

BEN SYAZMIN

PEGUAM

Dalam pada itu, peguam mewakili Janna iaitu Ben Syazmin menjelaskan kapsyen gelaran 'Lisa Blackpig' itu diberikan bagi membezakan tahap pencapaian watak dalam telefilem berkenaan yang tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.

"Janna menerima kecaman apabila akaun IG milik produksinya telah memuat naik gambar pelakon yang membawa watak Lisa dengan kapsyen 'Lisa Blackpig'. Kapsyen tersebut merujuk kepada watak Lisa iaitu antagonis.

"Lisa adalah watak seorang perempuan yang menjengkelkan tetapi berasakan dirinya menjadi pujaan ramai. Oleh itu, kapsyen gelaran tersebut diberikan bagi membezakan tahap pencapaian dan penerimaan, (individu itu) tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.

"Ia sama sekali tidak memburukkan nama Blackpink tetapi sebagai satu penghargaan kerana watak Lisa itu dilihat sebagai seorang tidak layak untuk disama tarafkan dengan Lisa Blackpink. Malah telefilem itu lebih menghargai Blackpink dan budaya Korea," ujarnya.



Janna bersama peguamnya, Ben Syazmin (kiri).

Sementara itu, Ben turut memberitahu kes tersebut kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan anak guamnya menerima ugutan bunuh daripada pengguna media sosial.

Pihak mereka juga dalam proses untuk memfailkan tuntutan pampasan terhadap pengguna yang sudah dikenal pasti menyebarkan fitnah sehingga memberi impak negatif kepada reputasi dan perniagaan Janna.

"Janna menerima kecaman daripada pengguna media sosial termasuk ugutan bunuh, jenayah, fitnah dan tuduhan palsu. Beberapa laporan polis sudah dilakukan. Kes ini masih dalam siasatan SKMM terutamanya dalam mendapatkan identiti pemilik akaun yang menggunakan nama samaran.

"Pihak kami juga dalam proses untuk memfailkan tuntutan di mahkamah di bawah akta fitnah terhadap pengguna media sosial yang dikenal pasti kerana menyebarkan fitnah yang mengakibatkan kerosakan reputasi serta perniagaan anak guam kami bagi menuntut bayaran pampasan terhadap kerugian anak guam kami alami," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain