suria

“Selepas dia selesai reman, baru kami boleh bagi kenyataan” - Pelakon drama Monalisa akan kongsi kisah sebenar

Shah pernah membintangi beberapa drama dan filem.

PENGURUS pelakon baharu Muhammad Shah Radhi Hazvee iaitu Leana Sharif memberitahu pihaknya akan memberikan kenyataan berkaitan dakwaan melarikan isteri orang selepas aktor itu dibebaskan oleh pihak polis.

Leana Sharif berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut buat sementara waktu kerana enggan mengganggu siasatan polis namun tidak menafikan kejadian yang heboh diperkatakan itu melibatkan pelakon drama Monalisa, Muhammad Shah Radhi Hazvee bersama bekas pengurusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu Shah Radhi Hazvee dituduh pikat isteri orang dengan niat untuk melakukan hubungan seks

“Shah direman malam tadi di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Ampang Jaya. Sekarang ni dia masih lagi dalam siasatan.

“Saya tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan kerana tak mahu mengganggu siasatan polis.

“Dia akan direman selama empat hari. Selepas tempoh tahanan reman selesai, baru kami boleh keluarkan kenyataan.

“Cuma, saya mengesahkan yang Shah memang ditahan,” ujar kepada mStar.



Shah juga pernah membintangi drama Hero.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff ketika dihubungi mStar mengesahkan pihaknya menahan suspek berusia 24 tahun di Taman Sering Ukay, Ampang, Selangor, pada Selasa.

Kata beliau, pihaknya akan melakukan siasatan terhadap pemuda itu sehingga Sabtu ini.

Jika sabit kesalahan dia akan didakwa bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib.

Menurut fakta kes, seorang suami berusia 38 tahun yang merupakan peniaga mendapati isterinya tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

Suami tersebut mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu.

Tambahnya, polis telah menahan reman suspek bermula Rabu sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu Noor Azmi menasihati orang ramai agar perlu memastikan maklumat yang sebenar sebelum ia disebarkan dan hendaklah melalui sumber yang sah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain