suria

Pelakon baharu Shah Radhi Hazvee dituduh pikat isteri orang dengan niat untuk melakukan hubungan seks

Shah Radhi Hazvee didakwa atas pertuduhan memikat dan membawa pergi seorang wanita berstatus isteri orang dengan niat jenayah.

PELAKON baharu Muhammad Shah Radhi Hazvee mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan.

Pengakuan itu dibuat di Mahkamah Majistret Ampang di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar pada pagi Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selepas dia selesai reman, baru kami boleh bagi kenyataan” - Pelakon drama Monalisa akan kongsi kisah sebenar

Mengikut pertuduhan, Muhammad Shah Radhi, 24, didakwa memikat wanita berusia 36 tahun yang diketahuinya berstatus isteri orang dengan niat untuk bersetubuh.

Pelakon drama Monalisa dan Hero itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di No 28 Jalan SU 2C, Taman Sering Ukay, Hulu Klang kira-kira pukul 8 malam, Isnin lalu.

Tertuduh banyak membintangi drama tempatan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib.

Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa manakala tertuduh diwakili peguam, Harcharanjit Singh.

Terdahulu, S Sangitaa menawarkan jaminan RM6,000 ke atas tertuduh berikutan keseriusan kes yang dituduh ke atasnya namun, peguam tertuduh merayu agar dikenakan denda yang rendah iaitu sebanyak RM2,000.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM2,300 dengan seorang penjamin iaitu kakaknya.

Peguam bersama kakak dan pengurus kepada tertuduh.

Sebutan kedua kes ditetapkan pada 5 Ogos depan.

Sementara itu Shah Hazvee ketika ditemui di luar mahkamah selepas selesai membayar ikat jamin berkata dia berharap kebenaran akan berpihak kepadanya.

"Saya bersyukur dibebaskan hari ini. Saya akan buktikan kebenaran di mahkamah nanti.

"Biar mahkamah tentukan siapa yang salah dan sebaliknya dan kena tahu bahawa tak semestinya orang yang masuk lokap itu bersalah" katanya.

Ditanya mengenai pengalaman bermalam di lokap selama tiga malam, Shah Hazvee berkata ia sangat memeritkan.

"Betul orang cakap, sehari rasa macam setahun. Saya tak pernah berhenti berdoa... saya rindukan mak," katanya.

Saya bersyukur dibebaskan hari ini. Saya akan buktikan kebenaran di mahkamah nanti.

SHAH RADHI HAZVEE

PELAKON

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff ketika dihubungi mStar mengesahkan pihaknya menahan tertuduh di Taman Sering Ukay, Ampang, Selangor, pada Selasa.

Menurut fakta kes, seorang suami berusia 38 tahun yang merupakan peniaga mendapati isterinya tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

Suami tersebut mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, pengurus kepada Muhammad Shah Radhi Hazvee iaitu Leana Sharif tidak menafikan kejadian yang heboh diperkatakan itu melibatkan pelakon drama Monalisa itu bersama bekas pengurusnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain