suria

Sajat beri penjelasan tentang pemakaiannya, sudah jangka dikecam! - “Itu antara saya dengan Allah, yang penting nawaitu”

Sajat berkata cara pemakaiannya adalah urusan dia dengan Allah.

TINDAKAN usahawan kosmetik, Nur Sajat mengenakan pakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini telah mengundang kecaman hebat masyarakat.

Menyedari akan ada yang mengkritik penampilannya, Sajat menerusi video temubual bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkata pemakaiannya itu merupakan urusan dia dengan Allah SWT.

"Islam itu mudah, tak kejam dan setiap apa yang dicipta ada reason... saya pergi sana dalam keadaan tak fikir benda lain, cuma nak jumpa pencipta dan luahkan perasaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia cukup aib! Maruah dan aurat wanita di Makkah boleh tercemar” - PU Amin bimbang Sajat tunai umrah berpakaian wanita

ARTIKEL BERKAITAN: “Bentuk macam wanita, itu bukan isu” - Mujahid gesa Sajat kembali kepada fitrah lelaki, isu bertelekung di Makkah tak jejas kuota haji Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Transgender wajib pakai ihram ketika umrah, tutup buah dada dengan bengkung tidak berjahit

"Bagi saya itu antara saya dengan Allah, yang penting nawaitu (niat) benda ni sebab kalau tanya semua orang nak pergi ke sana.

"Saya dekat sana memang dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan sang pencipta... nawaitu saya nak tunaikan umrah dengan ibu bapa dan anak-anak," katanya.

Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berkongsi luahannya itu menerusi laman Youtube TV Terlajak Laris yang dimuat naik pada Ahad lalu.

Sajat bawa ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah.

Difahamkan, rakaman video tersebut dilakukan sebelum rombongannya berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 28 Januari lalu.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Sajat dilihat mengenakan pakaian seperti wanita ketika mengerjakan ibadah tersebut.

Perkara itu ternyata mengundang kemarahan netizen yang rata-rata menyifatkan ia suatu penghinaan yang dibuat terhadap agama Islam.

Saya dekat sana memang dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan sang pencipta... nawaitu saya nak tunaikan umrah dengan ibu bapa dan anak-anak!

NUR SAJAT

USAHAWAN KOSMETIK

Isu ini turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut kesal dengan tindakan Sajat bersama beberapa individu lain.

Penampilan Sajat itu menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak dan menyifatkan ia telah mencemarkan imej Islam.

Rakaman temubual Sajat bersama Datuk Seri Aliff Syukri.

"Dia telah menjejaskan satu imej yang dalam IC (kad pengenalannya) sebagai seorang lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya pergi ke Makkah, saya difahamkan masa naik flight semuanya elok pakai sebagai lelaki.

"Orang yang menyaksikan peristiwa itu menyatakan rasa tidak puas hati kerana dia telah menceroboh ruang yang sudah ditentukan ke atas wanita dengan berpakaian sedemikian rupa.

"Saya amat kesal sudahlah perbuatan dia itu menjejaskan imej, dipaparkan pula dalam Instagram, seolah-olah perkara itu tidak ada kesalahan... saya bercakap dari segi Islam, bukan dari segi hak asasi manusia," katanya.

Sehingga kini, Sajat yang dipercayai masih berada di Makkah enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah