“Dah siap-siap buat dua trofi juara GV6!” - Astro jawab dakwaan rancang kemenangan Naqiu dan Hady Mirza

Astro jawab dakwaan kononnya sudah merancang kemenangan Naqiu dan hady Mirza.

KEPUTUSAN juri tetap dan produksi Astro mengangkat dua juara dalam program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang berlangsung pada malam Ahad mengundang persoalan netizen.

Kemenangan itu disifatkan oleh penonton seolah-olah sudah dirancang kerana semasa pengumuman pemenang GV6, dua trofi sudah tersedia untuk diserahkan kepada Naqiu dan Hady Mirza.

Menjawab persoalan tersebut, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, menegaskan kemenangan tersebut tidak dirancang oleh produksi dan memberitahu salah satu trofi yang diterima oleh juara adalah mock up (model) yang digunakan untuk tujuan publisiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada tempat kedua, Naqiu dan Hady Mirza diumum juara GV6!

"Sejujurnya kami pun terkejut dengan keputusan pihak juri tetapi selepas dijelaskan kita bersetuju untuk mengangkat dua juara GV6.

"Memandangkan ini keputusan akhir, jadi kita kita tiada mock up cek wang tunai untuk dua pemenang dan disebabkan ada trofi mock up yang digunakan untuk sesi rakaman dan publisiti, jadi tak salah kita gunakan sementara.

Dari kiri; Datuk Ramli MS, Naqiu, Raqim, Hetty Koes Endang, Hady Mirza dan Datuk Rizalman.

"Selepas ini kita akan serahkan trofi sebenar kepada salah seorang pemenang dan untuk berlaku adil kita akan tambah wang tunai dan bagi hadiah yang sama nilai untuk kedua-duanya," katanya.

Raqim ditemui sejurus konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.

Salah satu sebab mereka layak adalah kerana mereka respect bunyi dan prestasi nyanyian antara mereka cukup setara, mereka enjoy di atas pentas!

DATUK RAMLI MS

Juri tetap GV6

Sebelum itu, menerusi laman sosial, ada penonton mempersoalkan mengenai kemenangan dua peserta dan berpendapat ia seperti sudah dirancang.

Sementara itu, Raqim berkata keputusan GV6 ditentukan sepenuhnya oleh juri dan pihak produksi menghormati keputusan tersebut.

Sebahagian komen netizen dan penonton di media sosial.

"Tahun ini banyak benda tak dijangka berlaku... mungkin ada yang tak gembira keputusan tapi ramai juga yang gembira jadi kita tak boleh ambil bulat-bulat kata orang di laman sosial.

"Ini kerana semua peserta diadili oleh juri profesional yang cukup arif dan pakar dalam bidang muzik, jadi kita serahkan mereka untuk menentukan siapa juara. Kita hormati keputusan malam ni!”ujarnya.

Dalam pada itu, juri tetap Datuk Ramli MS berkata pemilihan Hady dan Naqiu sebagai juara GV6 adalah kerana kedua-duanya menunjukkan persembahan nyanyian setara dan hampir sempurna.

"Saya tak boleh ambil salah seorang jadi pemenang sebab dua-dua sama, tak salah kalau kita bagi saja dua-dua jadi juara.

Naqiu dan Hady Mirza akan menerima hadiah dengan nilai yang sama selaku juara.

"Salah satu sebab mereka layak adalah kerana mereka respect bunyi dan prestasi nyanyian antara mereka cukup setara, mereka enjoy di atas pentas.

"Penyampaian mereka ikhlas, bunyi nyanyian tiada menipu dan apabila kita bagi cadangan pada Astro mereka terima," katanya.

Selain Ramli MS, juri tetap yang mengadili GV6 ialah Hetty Koes Endang dan juri jemputan pada malam akhir ialah Datuk Rizalman.

GV6 menyaksikan Naqiu (Boboy) dan Hady Mirza diangkat menjadi juara, Jatt Ali tempat ketiga, Nurfatima (keempat), One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam)

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain