suria

Selepas bekas suami, pelakon Gerak Khas pula ditahan lesapkan wang A. Aida

Gambar hisasan: Seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas disyaki terlibat kes penipuan wang.

SEORANG lagi pelakon lelaki ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, selepas disyaki terlibat dengan kes penipuan wang membabitkan penerbit drama Datuk A. Aida.

Menurut sumber polis, pelakon lelaki itu yang memegang watak pegawai kanan polis dalam drama Gerak Khas ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa selepas hadir di IPD berkenaan bagi memberi keterangan.

ARTIKEL BERKAITAN:  Individu dikenali kebas duit A. Aida RM200,000! “Di Mesir baru sedar duit hilang”

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih RM200,000 lesap... Polis rampas telefon bimbit, siasat bekas suami A Aida

"Pelakon itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat seorang penerbit berstatus Datuk pada Jun lalu.

"Dalam laporan berkenaan, penerbit itu memaklumkan kehilangan wang pelaburan lebih RM200,000 miliknya pada awal Mac lalu," katanya.

A. Aida membuat laporan polis berhubung kehilangan wang berjumlah lebih RM200,000.

Difahamkan, pihak polis turut merampas telefon bimbit pelakon berkenaan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk AB Rashid Ab Wahab mengesahkan penahanan pelakon lelaki berkenaan.

Pada Jun lalu polis turut menahan bekas suami A. Aida yang juga seorang pelakon iaitu Ariff Aziz bagi membantu siasatan atas dakwaan melarikan wang berjumlah lebih RM200,000.

Dakwa A. Aida, dia kehilangan lebih RM200,000 dalam bentuk pelaburan menerusi dua transaksi di luar pengetahuannya.

Sehubungan itu, A. Aida membuat laporan di Balai Polis Taman Bukit Indah, Ampang pada 21 Jun lalu berkaitan kes tersebut.

A. Aida, polis

Artikel Lain