Ikatan pertunangan Sufi Rashid terjejas kerana fitnah, malu jumpa keluarga perempuan, “Lagi sebulan nikah, lagi berat ujian saya terima” - Sensasi | mStar

Ikatan pertunangan Sufi Rashid terjejas kerana fitnah, malu jumpa keluarga perempuan, “Lagi sebulan nikah, lagi berat ujian saya terima”

Sufi dedah dia dan tunang berhadapan dengan ujian sebulan sebelum majlis pernikahan diadakan.

PENYANYI Sufi Rashid memberitahu hubungan pertunangannya dengan Nurulain Md Yusof hampir retak akibat fitnah daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

Sufi, 28, mendedahkan individu yang menggunakan akaun palsu itu cuba menarik perhatian tunangnya dengan mereka-reka cerita yang tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sufi zahirkan rasa kecewa… Ibu terus ‘serang’ pertunangannya

"Saya hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Dalam masa sebulan lagi, saya akan mengakhiri zaman bujang. Semakin dekat tarikh pernikahan, semakin berat ujian yang saya dan tunang perlu hadapi.

"Saya percaya 'ramai' yang tahu hal peribadi saya dan ramai juga yang menurut simpati terhadap saya dan tunang. Pelbagai 'nasihat', 'pesanan','teguran' yang diberikan kepada saya.

Sufi membuat pendedahan menerusi laman Instastory miliknya.

"Saya sangat menghargainya. Tetapi ada 'segelintir' pihak yang sangat jahat, cuba menarik perhatian tunang saya dengan pelbagai cara seperti 'menghina, memfitnah, menuduh dan banyak lagi'.

"Dan segelintir inilah yang pengecut untuk mengenalkan diri, malah mengunakan akaun palsu untuk menghantar mesej sedemikian," tulis Sufi.

Penyanyi berasal dari Singapura ini bakal melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya pada 21 September depan selepas mengikat tali pertunangan pada 15 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, ibu kepada Sufi iaitu Irma Suriana Mahamad pernah memberi gambaran tidak merestui pertunangan pasangan itu malah mendakwa tidak pernah menghantar wakil untuk merisik Nurulain.

Lebih teraniaya lagi, hubungan saya dan tunang saya hampir retak dan pecah gara-gara kelakuan orang orang yang berhati busuk ini.

Sufi Rashid

Penyanyi

Sufi kemudian memuat naik status berbaur kecewa yang dipercayai berhubung dengan tindakan ibunya itu dan mengakui apa yang dilaluinya itu mungkin ujian daripada Allah yang mahu dia menghadapi dugaan dalam kehidupannya.

Dalam pada itu, Sufi mengakui dia berang dan terkilan dengan fitnah yang dilemparkan sehingga menyebabkan hubungan dengan tunangnya hampir retak disebabkan kelakuan pihak yang berhati busuk.

Malah, Sufi mendedahkan dia turut berasa malu untuk berhadapan dengan keluarga tunangnya yang tidak bersalah disebabkan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka.

"Sebagai manusia biasa, saya sangat kecewa dan marah. Lebih teraniaya lagi, hubungan saya dan tunang saya hampir retak dan pecah gara-gara kelakuan orang orang yang berhati busuk ini.

Sufi bakal berkahwin dengan usahawan Nurulain pada 21 September depan.

"Keluarga tunang saya bukan hanya terjejas, malah malu dengan segala fitnah yang disebarkan terhadap mereka. Saya turut malu dan segan untuk berdepan dengan keluarga tunang saya yang langsung tidak bersalah.

"Sebagai seorang ahli seni yang sedikit sebanyak dikenali, saya tidak suka dan tidak sekali pun mahu luahkan masalah kerana tidak mahu mencetuskan sebarang kontroversi atau perhatian.

"Tapi kali ini, saya berharap dengan post ini, dapat hentikan kelakuan orang yang suka bersangka buruk terhadap orang lain. Daripada kamu bersangka buruk dan menambah dosa, sebaiknya kamu mendoakan kami yang sedang berusaha untuk mendirikan masjid," ujarnya.

Sufi Rashid

Artikel Lain