“Saya akui silap, layak terima semua ni, saya bodoh” - Mark Adam mohon maaf tidak profesional - Sensasi | mStar

“Saya akui silap, layak terima semua ni, saya bodoh” - Mark Adam mohon maaf tidak profesional

Mark membuat permohonan maaf kepada Sherry Alhadad.

PENYANYI Mark Adam memohon maaf secara terbuka kepada semua terutama pengacara Sherry Alhadad terhadap gurauan di konsert Big Stage malam Ahad yang dianggap keterlaluan dan bersifat menghina fizikal wanita itu.

Mark memuat naik video pendek di laman sosial Instagram miliknya pada Isnin meluahkan perasaan menyesal terhadap tindakan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu betul, dia berbakat besar, bro!” - Alif Satar dipuji selamatkan Sherry selepas terima komen 'body shaming' Mark Adam

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang akan terkejut tengok saya nanti” - Mark Adam

"Pertama sekali saya nak minta maaf kepada semua dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage.

Gurauan Mark Adam terhadap Sherry dianggap keterlaluan kerana mempersendakan fizikal wanita itu.

"Saya sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan semalam. Saya akui saya tersilap cakap. Sebenarnya ayat itu ada sambungan lagi tetapi saya tak sempat nak cakap.

"Apa yang saya lakukan semalam adalah benda yang tidak profesional dan saya akan pastikan perkara seperti itu tidak berulang lagi," katanya.

Dalam pada itu, Mark turut mengakui tidak berniat untuk menghina bentuk badan pengacara tersebut dan dia juga malu dengan tindakannya itu.

Saya akui saya tersilap cakap. Sebenarnya ayat itu ada sambungan lagi tetapi saya tak sempat nak cakap.

MARK ADAM

PENYANYI

"Niat saya bukan untuk menghina Sherry atau Alif atau mana-mana pihak di luar sana yang terasa hati. Saya mohon maaf.

"Saya kalau bergurau, saya bergurau macam saya dekat rumah. Sama ada dengan rakan-rakan artis atau kawan-kawan dan sahabat.

"Saya akui saya silap. Saya layak terima semua ni, saya bodoh," katanya.

Terdahulu, Sherry ketika diminta mengulas mengenai perkara itu memilih untuk mengunci mulut kerana enggan memperbesarkan isu berkenaan.

Menurut Sherry dia menghormati Mark sebagai rakan industri yang sudah lama dikenalinya.

Mark Adam , Sherry Alhadad

Artikel Lain