suria

“Tiada niat timbulkan kontroversi, kita hanya ambil konsep less is more” - Gaya berkemban Dayana Roza dalam poster iklan dikritik

Foto berkemban Dayana terima kritikan netizen.

GARA-GARA gaya berkemban dalam poster sebuah produk kecantikannya, pelakon Dayana Roza menerima kecaman netizen.

Mengakui tiada niat untuk menimbulkan sebarang kontroversi, Dayana, 28, berkata dia hanya mengikut tema poster yang telah dibincangkan bersama tim produk tersebut.

"Saya memang tak ada niat nak timbulkan kontroversi, kita hanya mengambil konsep ringkas less is more dan nampak international look.

"Hasil perbincangan kita cuba modenkan konsep dan lari daripada tema yang biasa produk tempatan buat.

"Rasanya kalau bukan saya yang jadi model di situ, tak akan ada orang yang kecam. Padahal saya masih lagi berbaju dalam poster itu," katanya kepada mStar.

Dayana Roza mohon maaf jika ada yang tersinggung.

Dayana ditemui semasa pra tonton filem Kron yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Dalam pada itu, Dayana turut memohon maaf jika tindakannya itu menyinggung hati mana-mana pihak.

Saya memang tak ada niat nak timbulkan kontroversi, kita hanya mengambil konsep ringkas less is more.

DAYANA ROZA

PELAKON

Malah, dia menghormati pandangan orang ramai berhubung isu ini dan mengharapkan mereka juga mempunyai sikap yang sama.

"Saya akui sedikit tertekan, tapi ini bukan kali pertama saya dikecam, saya hormati pandangan orang tapi janganlah terlalu melampau.

"Apa-apa pun saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan penampilan saya itu dan saya percaya setiap benda berlaku ada hikmahnya," ujarnya.

Dayana Roza

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita bingung kereta kemik angkara labu