Dugaan berpantang anak ketiga, Adira buka mulut jawab kes cerai... “Ramai buat spekulasi ia adalah saya”

Adira nafi hubungan rumah tangganya sedang bergolak. Foto Instagram @adira.suhaimi

PENYANYI Adira berkata dakwaan kononnya dia sudah bercerai dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu hanyalah sekadar gosip rekaan yang bertujuan melemahkan dirinya.

Menurut Adira, dia lebih selesa untuk tidak melayan gosip sedemikian dan menafikan hubungan rumah tangganya dengan ahli perniagaan itu sudah berakhir.

"Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Daripada dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi mahkamah bukan sebab kes cerai” - Datuk Red ulas foto dan status sedih tentang anak!

ARTIKEL BERKAITAN: Adira selamat lahir bayi perempuan, Datuk Red syukur timang anak ke-10

"Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya.

"Walaupun gosip (cerai) itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Adira enggan melayan gosip tak masuk akal mengenai hubungan rumah tangganya.

Baru-baru ini, ruangan gosip sebuah portal hiburan menyiarkan laporan mengenai seorang artis wanita diceraikan ketika sedang hamil anak ketiga.

Dalam artikel tersebut, sumber memberitahu dia turut berada dalam satu kamar dengan artis wanita berkenaan.

Katanya, artis wanita itu juga nampak pasrah dan reda mengenangkan nasib diri bakal bergelar janda sebaik saja anaknya dilahirkan beberapa bulan lagi.

Sementara itu, menerusi laporan mStar pada 16 April lalu, suaminya Adnan atau lebih dikenali Datuk Red menafikan kehadirannya ke mahkamah kerana hal berkaitan rumah tangga.

Malah, Adnan berkata dia tidak kisah jika ada netizen membuat spekulasi dan beranggapan rumah tangganya bersama penyanyi lagu Pujaan Hati itu sudah goyah.

Datuk Red sebelum ini pernah ke mahkamah namun bukan hal berkaitan rumah tangga.

"Kehidupan kami berjalan seperti biasa, biarlah kalau orang nak buat spekulasi disebabkan tulisan tersebut. Buat masa ini kami bahagia sahaja, kalau tak bahagia takkan dia mengandung kan?

"Cuma biasalah, ibu hamil ini, emosi kurang stabil sikit, ditambah pula ada 'anasir-anasir luar' kiri dan kanan... Insya-Allah semoga semuanya kembali seperti dahulu," katanya.

Sejak awal tahun ini, pelbagai spekulasi timbul membabitkan hubungan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, masing-masing menegaskan hubungan mereka masih utuh sebagai suami isteri.

Terdahulu, Adnan berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya!

ADIRA

Penyanyi

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua Assan pada 9 September 2018 dan anak ketiga pada Khamis lalu.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Adira Suhaimi, Datuk Red

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain