suria

Adira selamat lahir bayi perempuan, Datuk Red syukur timang anak ke-10

Adira selamat melahirkan bayi ketiganya.

SUAMI kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu meluahkan rasa syukur apabila menimang cahaya mata ketiganya bersama penyanyi itu pada pukul 1.20 petang, Khamis.

Ini bermakna bayi perempuan yang dilahirkan seberat 3.35 kilogram itu merupakan anak kesepuluh bagi Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red.

ARTIKEL BERKAITAN:Adira dakwa anak dibawa lari, Datuk Red kata habis je pantang Adira hamil lagi

Usahawan tersebut berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya kira-kira pada pukul 6 petang.

Datuk Red kongsi berita gembira di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah... Aku sujud syukur kepadaMu Ya Allah. Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya serta membentuk rupanya dan membuka pendengarannya dan penglihatannya.

“Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta. #Anakke10 #rezekiyangtidakternilai,” tulisnya.

Menerusi foto yang dikongsi Adnan di Instagramnya, penyanyi lagu Pujaan Hati ini melahirkan bayi tersebut secara pembedahan.

Rata-rata netizen memenuhi ruang komen foto tersebut dengan memberi ucapan tahniah atas kelahiran bayi perempuan pasangan itu.

Ahli perniagaan ini berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua Assan pada 9 September 2018.

Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Adira, Datuk Red

Artikel Lain