suria

“Tergamak buat macam ni?” - Umie Aida simpati nasib jemaah haji mangsa ejen pelancongan

Umie simpati dengan nasib 26 jemaah haji yang terkandas di Jeddah.

PELAKON Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa simpati terhadap nasib 26 jemaah haji dari Malaysia yang menjadi mangsa ejen pelancongan tidak bertanggungjawab.

Umie berkata dia tidak menyangka pihak berkenaan sanggup melakukan perkara terkutuk itu terhadap mereka yang berniat mengerjakan ibadah tersebut.

"Astagfirullahalazim... tergamak travel agent buat begini pada jemaah yang ingin mengerjakan ibadah haji. Semoga Allah beri hidayah pada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuahnya mereka dapat jadi tetamu Allah... Ketahui 10 selebriti popular dapat tunai haji tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Sekumpulan jemaah Malaysia terkandas di Jeddah, Arab Saudi tidak benarkan kemasukan mengerjakan haji

"Sama-sama kita mendoakan 26 jemaah yang terkandas Allah berikan rezeki tahun depan untuk mengerjakan ibadah haji dan memberi ganjaran atas kesabar melalui ujian ini. Amin," katanya.

Pelakon filem Dukun ini berkongsi luahan sedih itu menerusi Instastory pada Khamis.

Umie menulis luahan di Instagram.

Umie kini berada di Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah haji buat pertama kali ditemani suaminya iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Pada Selasa lalu, sekumpulan 26 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah setelah kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan mereka untuk mengerjakan haji pada musim ini.

Kesemua mereka yang terkandas itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Rabu.

Kumpulan itu tiba menggunakan penerbangan komersial dari KLIA selepas kemasukan mereka tidak dibenarkan dipercayai akibat masalah teknikal pada visa haji Furada yang mereka peroleh.

Bagaimanapun, pengarah syarikat ejen pelancongan berkenaan telah membuat laporan polis sejurus menerima laporan berita tersebut dan menafikan terbabit dengan sebarang penipuan.

Umie dan suami kini sedang mengerjakan ibadah haji.

Dalam pada itu, Umie turut memanjatkan doa kepada Allah supaya ibadah haji semua jemaah dipermudahkan.

"Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan kesabaran pada kita semua jemaah haji dalam mengerjakan ibadah kepada Allah dan kita semua mendapat haji mabrur. Amin," ujarnya.

Selain Umie, beberapa selebriti tanah air kini turut berada di Tanah Suci Makkah mengerjakan ibadah haji antaranya Erra Fazira, Neelofa, Ashraf Muslim, Wany Hasrita, Amira Othman dan PU Riz.

Umie Aida, Furada

Artikel Lain