Nam Ron label netizen seperti 'ikan belukang makan najis', geram dikecam selepas pertahan aktor didakwa songsang - Hiburan | mStar

Nam Ron label netizen seperti 'ikan belukang makan najis', geram dikecam selepas pertahan aktor didakwa songsang

Nam Ron menyifatkan tindakan netizen yang suka mengecam seperti 'ikan belukang'.

HANYA kerana mengeluarkan pendapat serta mempertahankan pelakon yang terkait dakwaan isu pukul dan hubungan songsang, aktor Nam Ron pula menjadi mangsa kecaman netizen.

Kata Nam Ron, 50, netizen kini sudah tidak lagi berfikir panjang sebelum mengeluarkan komen, lebih parah apabila terlalu mudah menjatuhkan hukum.

ARTIKEL BERKAITAN: Nam Rom tak percaya aktor jalin hubungan songsang, “Pelakon lelaki ni budaknya baik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buat bodoh sahaja” - Sweet Qismina minta netizen suka buat 'wakaf dosa' mohon maaf kepada Syafie Naswip

"Video yang saya buat sebelum ini bukan diminta atau disuruh sesiapa pun untuk mempertahankan dia.

Nam Ron berkongsi pandangan di laman Instagram miliknya.

"Yang bermasalah sekarang adalah netizen. Saya dapati netizen sekarang sudah semakin berani untuk mengeluarkan komen yang mereka sendiri tidak fikir panjang.

"Saya rasa tindakan seperti itu adalah tak betul lebih-lebih lagi apabila seseorang itu belum lagi didapati bersalah tetapi mereka sudah menghukum. Ia membuatkan saya terjentik hati untuk bercakap mengenainya," katanya kepada mStar.

Nam Ron ditemui sewaktu majlis pratonton filem Warkah di eCurve, Petaling Jaya pada Rabu.

Bercerita lanjut Nam Ron berkata, perlakuan seperti ini perlu dikawal sebelum ia merosakkan sosio budaya masyarakat.

Kalau bahasa kasarnya, ibarat ikan belukang yang makan najis. Dimana ada najis, mereka akan pergi.

NAM RON

Pelakon

"Mungkin kerana saya hidup di dua zaman yang berbeza. Saya melalui zaman sebelum dan setelah adanya media sosial. Tindakan seperti ini perlu dikawal kerana ianya tidak bagus untuk sosio budaya kita.

"Ianya satu tuduhan yang agak berat untuk ditanggung selebriti sepertinya. Ada sahaja isu yang timbul, mereka akan mula bercakap mengenainya.

"Kalau bahasa kasarnya, ibarat ikan belukang yang makan najis. Di mana ada najis, mereka akan pergi. Mujur tidak semua mereka begitu," ujarnya.

Terdahulu, pelakon filem One Two Jaga ini mengulas mengenai seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas dipercayai memukul bekas tunang kerana berang wanita tersebut memintanya menghentikan hubungan songsang dengan kenalannya.

Kejadian pukul itu berlaku pada 26 Jun lalu selepas suspek dikatakan datang ke rumah tunangnya pada pukul 9 malam dan memaksa mangsa masuk ke dalam kenderaannya.

Suspek dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat serta bertindak menumbuk muka, bibir dan mencengkam mata mangsa sehingga berdarah.

Nam Ron

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut