suria

Pramugari tawan hati Syazwan Zulkifly, bakal bertunang 31 Ogos ini

Syazwan memberitahu sudah bersedia mengikat tali pertunangan dengan wanita bernama Sya.

HAMPIR empat tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Syazwan Zulkifly akhirnya mendedahkan dia bakal mengikat tali pertunangan bersama seorang pramugari pada 31 Ogos ini.

Syazwan, 32, berkata, dia terdetik hati untuk mengikat tali pertunangan dengan wanita bernama Syawalriah Zulkifly, 32,  itu sementara ibu bapanya masih sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah penat, Banyak Salah Faham Berlaku” - Syazwan Zulkifly

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya jujur, tiada niat jahat” - Syazwan jawab mesej nakal tanya saiz bra

Selain itu dia tidak mahu menunggu lama memandangkan umurnya juga semakin lanjut.

“Sebelum ini pun saya serius tapi kalau dah tiada jodoh nak buat macam mana?

“Saya kenal dia sudah lama, mak ayah dia pun saya sudah kenal dan umur saya pula semakin tua... saya rasa sudah tiada apa yang nak ditunggu lagi.

Syazwan menyifatkan bakal tunang seorang yang sempoi dan memahami.

“Sebenarnya saya memikirkan ibu dan ayah saya. Mereka juga sudah tua jadi sementara mereka masih sihat lebih baik saya selesaikan mana yang patut,” katanya kepada mStar.

Syazwan ditemui pada majlis pratonton filem Warkah di eCurve, Petaling Jaya pada Rabu.

Bercerita mengenai wanita Syawalriah, Syazwan menyifatkan teman wanitanya itu seorang yang sempoi dan sangat memahami diri dan kerjayanya.

“Saya sudah lama mengenalinya, hampir 10 tahun dan asalnya kami hanya berkawan.

Tunang memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon yang sering terkait gosip.

“Dia seorang yang sangat memahami saya. Kami berkawan sudah lama jadi soal kerja atau gosip yang mengaitkan saya semua dia tahu. Kalau saya kerja balik pukul 2 hingga 3 pagi pun saya tak perlu nak jelaskan.

“Soal bertunang itu saya tak pernah plan atau ready. Pada saya apabila sudah tiba masanya, kita teruskan sahaja. Lama atau tidak bertunang, ia terpulang kepada kami untuk ‘bawa’ ia,” katanya.

Syazwan bagaimanapun berkata, dia belum memikirkan tempoh bertunang sebelum ke fasa seterusnya dan akan memaklumkan kelak apabila sudah bersedia.

Sebelum ini Syazwan pernah bercinta dengan bekas personaliti Astro iaitu Shenty Feliziana namun hubungan itu tidak panjang.

Syazwan Zulkifly

Artikel Berkaitan

Artikel Lain