Bapa Ezad Lazim meninggal dunia - Hiburan | mStar

Bapa Ezad Lazim meninggal dunia

Bapa Ezad Lazim meninggal dunia kerana sakit tua.

SETELAH beberapa kali dimasukkan ke hospital sejak Januari lalu, bapa kepada penyanyi Ezad Lazim iaitu Mohamad Lazim Ismail, 74, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah pada pukul 7.25 malam, Selasa.

Menerusi Instagram, Ezad berkongsi berita sedih tersebut dan memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah bapanya.

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah," tulisnya.

Menurut cucunya yang juga penyanyi Along Zaimi (Mentor), Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua.

Ezad berkongsi berita sedih di Instagram.

Jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya dan dikebumikan pada pukul 11 pagi, Rabu.

Sejak awal tahun ini, Mohd Lazim kerap dimasukkan ke hospital kerana beberapa komplikasi penyakit.

Ezad pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapanya sebelum ini.

Kali terakhir dia dimasukkan ke hospital adalah pada minggu lepas.

Sebelum ini menerusi Instagram, Ezad ada memuat naik beberapa foto mengenai keadaan kesihatan bapanya.

Bapa Ezad adalah seorang pemuzik yang pernah bermain muzik bersama kumpulan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah dalam genre ghazal parti.

Ezad Lazim

Artikel Lain