“Beri kami ruang untuk lalui proses ini dengan sabar” - Noor Nabila sahkan fail cerai terhadap Sharnaaz Ahmad - Sensasi | mStar

“Beri kami ruang untuk lalui proses ini dengan sabar” - Noor Nabila sahkan fail cerai terhadap Sharnaaz Ahmad

Nabila sahkan fail cerai terhadap suaminya, Sharnaaz Ahmad.

ISTERI kepada pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.

Memetik laporan BH Online, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor,35, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kisah perceraiannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kosong! Pertama kali saya tak dapat ungkap perasaan sendiri” - Isu isteri fail perceraian, Sharnaaz bimbang kenyataan keruhkan keadaan

"Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz bersama anaknya, Jebat Jayden.

“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya.

Kakak kepada usahawan selebriti terkenal Neelofa ini dalam pada itu menjelaskan masa depan anak mereka iaitu Jebat Jayden menjadi keutamaan buat masa ini.

“Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” katanya.

Pergolakan rumah tangga pelakon Filem Wangi ini mula kembali menjadi bualan hangat apabila Nabila dikatakan berkongsi sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta di laman Instagram miliknya.

Nabila sahkan memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz.

Sharnaaz yang ditemui pada Khamis bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut spekulasi berkenaan kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Buat masa ini saya belum bersedia bercerita tentang hal ini sebab ia hanya sekadar andaian jadi tak berani nak cakap takut memudaratkan lagi keadaan.

"Saya tahu saya banyak bercakap tentang benda-benda begini tapi soal keluarga, saya tak mahu cakap lebih," katanya kepada mStar.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata pada 30 Ogos 2018

sharnaaz ahmad , noor nabila

Artikel Lain