suria

Ustazah Asma’ puji keputusan berani turunkan MV Dolla - “Harap jadi contoh kepada syarikat produksi dan artis lain”

Asma hargai tindakan menurunkan muzik video kumpulan Dolla.

PENDAKWAH Ustazah Asma’ Harun menyambut baik tindakan Universal Music Malaysia (UMM) yang menurunkan video muzik (MV) terbaharu kumpulan Dolla berjudul Question daripada semua platform digital.

Asma berkata, dia percaya keputusan itu bukan sesuatu yang mudah memandangkan ia melibatkan kos produksi yang besar, namun wajar dipuji kerana mengambil kira sensitiviti masyarakat.

“Keputusan dan tindakan ini bukan mudah, ia melibatkan kos produksi yang besar, masa, tenaga dan kerugian yang bukan sedikit. Namun pihak syarikat tetap memilih untuk mendengar suara rakyat Malaysia dan bertindak dengan penuh integriti.

Hantaran Asma berkenaan tindakan UMM menurunkan video.

“Terima kasih dan penghargaan juga kepada Dolla atas keterbukaan menerima keputusan ini dengan jiwa yang besar. 

"Tindakan ini mencerminkan profesionalisme, kematangan dan rasa hormat terhadap sensitiviti masyarakat serta nilai negara,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Asma turut berharap langkah UMM menjadi contoh kepada penerbit dan artis lain.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dolla tolonglah berubah" - Asma’ Harun tegur MV ‘Question’, kecewa peminat turut beri sokongan

ARTIKEL BERKAITAN: Muzik video Question nyanyian Dolla diturunkan, Universal Music hormat sensitiviti masyarakat

Malah dia juga berharap usaha tersebut menjadi bukti bahawa masyarakat masih menjaga nilai tatasusila yang menjadi identiti negara.

“Langkah ini memberi harapan bahawa seni negara boleh diarahkan ke ruang yang lebih menghormati jati diri masyarakat Malaysia.

"Semoga langkah terhormat ini menjadi contoh kepada syarikat produksi dan para artis lain yang menjadi perhatian dan kebimbangan masyarakat. 

“Apabila penerbit, artis, penonton dan pihak berautoriti sama-sama memilih adab sebagai asas, maka InsyaAllah perubahan yang lebih baik akan terus berkembang,” ujarnya.

Asma sebelum ini menegur pemakaian ketiga-tiga anggota Dolla.

Sebelum ini, Asma secara terbuka menegur anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengenai MV mereka yang dianggap keterlaluan daripada segi pemakaian.

Akur dengan teguran itu, Universal Music Malaysia bertindak menurunkan semula MV tersebut di semua platform digital.

Menurut Pengarah Urusan UMM, Kim Lim, keputusan itu dibuat selepas melakukan penelitian semula terhadap keseluruhan kandungan produksi dan maklum balas masyarakat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain