suria

Filem Malaysia raih tiga anugerah di AIFFA 2025, Sweet Qismina menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Lakonan Sweet mendapat pengiktirafan di AIFFA 2025.

ACARA kemuncak ASEAN International Film Festival & Awards 2025 (AIFFA 2025) yang berlangsung di Colosseum Ballroom, Pullman Hotel, Kuching, pada malam Sabtu menyaksikan Malaysia meraih tiga anugerah utama.

Antaranya adalah kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang dimenangi oleh aktres Sweet Qismina menerusi kejayaan watak Maya dalam filem Babah.

Sweet menewaskan empat calon lain iaitu Hong Dao-chi Dau dari Vietnam, Imelda Budiman (Indonesia), Zulfa Maharani (Indonesia) dan

Katrina Halili (Filipina).

Dua lagi pencalonan dari Malaysia menang di AIFFA2025. 

Selain itu, pelakon dari Taiwan Wu Kang-Ren yang membintangi filem Abang Adik  memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik sekali gus mengetepikan pesaing terdekatnya iaitu  Qi Razali (Malaysia), Jansen Magpusao(Filipina), Le Phong Vu (Vietnam) dan Jomari Angeles (Filipina).

Dalam masa sama, filem Tegkang arahan Josh Nawan turut berjaya meraih Anugerah Khas Juri pada acara kemuncak itu.

Antara kategori lain yang mencuri tumpuan adalah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi aktor dari Filipino iaitu Ronnie Lazaro menerusi filem The Gospel of the Beast.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima 200 penyertaan... Abang Adik, Babah jadi tumpuan besar di AIFFA 2025 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ini trofi dan watak besar pertama saya” - Sweet Qismina

Sementara kategori Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh aktres Indonesia, Yunita Siregar yang menampilkan lakonan luar biasa dalam filem Home Sweet Loan.

Bagi kategori Filem Terbaik menjadi milik karya dari Kemboja berjudul Tenement sekali gus meneaskan enam karya hebat iaitu Inside the Yellow Cocoon Shell (Vietnam), Some Nights I Feel Like Walking (Filipina), Abang Adik (Malaysia), The Gospel of the Beast (Filipina), Crocodile Tears  (Indonesia) dan Home Sweet Loan (Indonesia).

AIFFA2025 yang mula diperkenalkan sejak 2013 mengangkat tema ‘Under The Star’ pada penganjuran tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain