ISTERI kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh belum bersedia untuk berkongsi wajah anak perempuannya, Elaine Nada kepada orang ramai.
Fara, 33, berkata dia bimbang sekiranya perkongsian berlebihan mengenai wajah anaknya akan mengundang perasaan hasad dengki.
"Memang takut dengan penyakit ain. Lagipun ramai tak suka saya, jadi saya takut kalau ia beri kesan kepada anak," katanya ketika dihubungi mStar.

Fara bahagia bersama anaknya.
Tambah Fara, dia juga memilih untuk tidak berkongsi wajah anaknya kepada Shuk, memandangkan pelawak itu dikatakan tidak menunjukkan keinginan untuk melawat anaknya itu.
"Antara sebab lain juga saya tak nak tunjuk wajah anak kepada ayahnya.
“Bapanya tak ambil tahu hal anak dan tak nak tengok langsung walaupun ketika baru lahir. Bapa dia tak azankan dia, jadi saya soroklah wajah," luahnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh buat tiga kerja demi kelangsungan hidup… “Orang nak kata apa pun lantaklah”
ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh kecewa Shuk Sahar gagal hadir ke proses siasatan pengesahan cerai
Menurut Fara, tindakannya itu dibuat demi kebaikan Nada memandangkan dia masih kecil untuk menjadi sasaran kritikan netizen.
"Sebenarnya untuk kelebihan Nada kerana dia masih kecil. Saya tak nak dia jadi bahan netizen atau orang ramai," jelasnya.

Fara kini lebih fokus pada tumbesaran anaknya.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh Shuk pada April lalu masih belum diputuskan oleh mahkamah.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Elaine Nada, yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


