suria

Baru 30 hari berpantang, Yana Samsudin gigih hadir konvokesyen… Terima ijazah sarjana

Yana belum tamat pantang anak ketiga. - Foto kredit UMPSA

PELAKON dan pengarah Yana Samsudin tetap gigih menghadiri majlis konvokesyen di Univestiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) walaupun masih dalam tempoh berpantang hari ke-30 selepas melahirkan anak ketiga secara pembedahan.

Yana yang berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Korporat bertekad untuk hadir acara tersebut bagi menghargai segala usaha dan pengorbanan sepanjang pengajian.

“Saya berharap kehadiran ini akan menjadi kenangan manis bukan saja buat diri saya tetapi juga anak dan suami suatu hari nanti.

Yana mahu terus beri inspirasi kepada anak-anak. - Foto kredit UMPSA

“Sepatutnya hari ini (semalam) merupakan tarikh bersalin tapi ditakdirkan bersalin awal, saya berpeluang naik ke pentas konvokesyen dengan memakai jubah,” katanya memetik laporan Facebook UMPSA Malaysia.

Pada acara bermakna itu, Yana turut ditemani suami, Fadzil Zahari dan ibunya. 

Kata Yana, kerjayaan itu juga tidak akan berjaya dikecapi tanpa sokongan suami dan keluarga tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin masuk hospital, suami mohon doa buat isteri dan bayi dalam kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Impian miliki keluarga besar hampir terlaksana, Yana Samsudin hamil anak keempat

“Terima kasih buat suami yang banyak membantu dan keluarga yang sentiasa menyokong,” tambahnya.

Sepanjang melanjutkan pelajaran, Yana, memberitahu dia perlu bijak membahagikan masa terutama ketika menjalani penggambaran, menguruskan perniagaan dan anak-anak yang masih kecil.

Sementara itu, dalam hantaran di Instagram peribadinya, Yana memberitahu dia nekad menyambung pengajian kerana mahu menjadi contoh kepada anak-anak.

Suami Yana turut meraikan majlis konvokesyen. - Foto kredit UMPSA

Malah dia berharap pengorbanan yang ditunjukkan itu dapat membuatkan anak-anaknya berasa bangga. 

“Impian saya masa sambung Master in Corporate Management dulu bukan sekadar nak tambah ilmu, tapi saya nak anak-anak saya tengok sendiri mommy dia naik pentas ambil segulung ijazah sarjana.

“Masa ambil degree dulu saya belum kahwin. Sekarang saya dah ada suami, anak-anak dan kerja. Saya nak mereka rasa bangga bila nampak mommy dan daddy sama-sama belajar,”kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain