suria

Nasir Bilal Khan tolak tawaran cerita tak beri manfaat, duit bukan keutamaan… “Nak jawab apa dengan Allah nanti?”

Nasir hanya mahu berlakon untuk cerita yang memberi manfaat pada masyarakat.

PELAKON veteran Nasir Bilal Khan mengakui ada menolak beberapa tawaran kerana berpendapat jalan cerita dalam karya tersebut tidak memberikan manfaat kepada masyarakat.

Tidak memandang soal bayaran, Nasir, 64, berpandangan adalah lebih baik jika lakonannya itu kelak mampu memberi kesan positif kepada orang ramai.

"Sekarang saya banyak tolak tawaran berlakon sebab cerita tak menarik. Kadang-kadang stesen televisyen ni nak berebut rating, bagi saya keuntungan moral lebih penting, jadi banyak tolak sebab jalan cerita yang tidak bermanfaat.

size NP 1 (63)

Nasir banyak tolak tawaran berlakon.

"Sebab kena jawab dengan Allah di akhirat nanti, kalau cerita banyak melalaikan dari memberi manfaat nak jawab apa dengan Allah nanti? Bukan duit jadi keutamaan," katanya kepada mStar.

Nasir berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media perasmian edisi khas set pengurusan jenazah KAF Digital di Restoran Ketam Viral, Bangi, Selangor pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Nasir juga mendedahkan dia tidak meletakkan harga pada lakonannya sehingga pernah ditawarkan bayaran yang tidak masuk akal.

ARTIKEL BERKAITAN: "Biar tak popular, yang penting tuhan tak marah" - Nasir Bilal Khan

ARTIKEL BERKAITAN: Nasir Bilal Khan Ajak Penonton Takutkan Dosa

Malah, ada juga rakan selebriti yang meluahkan rasa terkilan dengan perbuatan Nasir kerana dikatakan menjatuhkan harga pasaran anak seni.

"Selepas terlibat dengan drama Tanah Kubur, saya ikhlas, saya kata pada pihak produksi nak bayar berapa esok jawab dengan Allah. Sampai satu masa memang ada yang nak bayar dengan harga yang mengarut.

"Sehingga ada kawan selebriti jumpa saya, kata saya dah banyak menang anugerah, ambil harga macam itu... dia yang tak menang anugerah nak ambil harga berapa? Tersentak saya sebab rosakkan harga pasaran pelakon.

size NP 1 (62)

Sejak drama Tanah Kubur, Nasir hanya minta bayaran secara ikhlas.

"Dalam dunia ni nak ikhlas pun susah sebab masyarakat tidak hargai keikhlasan malah ada yang ambil kesempatan sahaja," ujarnya

Ditanya bagaimana dia menjalani kehidupan harian tanpa pekerjaan, Nasir memberitahu dia menggunakan wang hasil lakonan terdahulu selain mengamalkan budaya berjimat cermat.

"Saya berjimatlah, tak boros, saya gunakan duit hasil pendapatan terdahulu. Jadi saya berjimat untuk tampung perbelanjaan harian sekarang," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain