suria

Pereka dalaman mohon maaf, padam video kritik rumah Aliff Syukri nampak murah

Filla mohon maaf secara terbuka pada Aliff dan Ident3.

SELEPAS menerima amaran saman daripada Datuk Seri Aliff Syukri, akhirnya pereka dalaman dikenali sebagai Filla Ismail tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada usahawan itu.

Melalui satu kenyataan di muat naik di aplikasi TikTok, Filla berkata dia mengambil tanggungjawab menurunkan video kritikan itu dan bersedia untuk bersemuka dengan Aliff bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Atas semangat profesionalisme dan rasa hormat kepada rakan pengamal dalam industri yang sama (Ident3), kami ingin memohon maaf sekiranya pendapat atau komen kami dalam video tersebut telah menyebabkan sebarang kesulitan atau bahaya kepada Aliff atau kepada Ident3 secara peribadi.

size NP 1 (32)

Sebelum ini Aliff bidas kembali kenyataanFilla yang mengejek rumahnya.

"Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa kami mengambil tanggungjawab untuk menurunkan video tersebut sebaik sahaja kami menerima DM (mesej) tersebut untuk mengekalkan profesionalisme antara kami dan menghentikan sekiranya terdapat sebarang maklumat mengelirukan mengenai isu ini daripada merebak.

"Kami juga mengalu-alukan peluang untuk bertemu secara peribadi untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut dan meneroka cara untuk menangani sebarang kebimbangan atau rungutan yang ada," katanya.

Dalam pada itu, Filla memberitahu tujuannya memuat naik video kritikan itu adalah untuk ilustrasi dan tiada niat jahat terhadap mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri berang pereka dalaman kritik banglo miliknya nampak murah... Sudah hantar surat saman

ARTIKEL BERKAITAN: Komposer berpaling tadah, tiada lagu raya Aliff Syukri tahun ini

"Saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam video tersebut, khususnya mengenai reka bentuk dalaman Aliff, adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi dan bukan untuk diambil sebagai kenyataan fakta.

"Kami tidak pernah berniat untuk mengkritik atau membuat kenyataan fitnah terhadap sesiapa sahaja termasuk Aliff atau mana-mana orang lain yang berkaitan dengan perkara itu.

"Percubaan kami untuk melibatkan penonton kami hanyalah melalui analogi dan penceritaan yang membawa skrip kami bagi video tersebut kepada ulasan yang adil," jelasnya.

size NP 1 (34)

Aliff bersama kediamannya yang mempunyai 30 bilik.

Sebelum ini Aliff memuat naik satu hantaran video yang berang apabila Filla mendakwa rumah Aliff dilihat murah disebabkan susunan perabot dan hiasan yang tidak terlihat mewah.

Filla berkongsi perkara tersebut di akaun TikTok miliknya dan ia menjadi bualan hangat netizen.

Malah dia juga mendakwa nama Filla tidak mendaftar dalam Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) selepas melakukan pencarian di internet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain