suria

Dayang Nurfaizah bukan obses mahu kurus, badan langsing sebab jaga pemakanan 

Dayang Nurfaizah mengamalkan diet yang sihat. Foto Instagram @dayangsayangkamu

PENAMPILAN langsing Dayang Nurfaizah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat apabila ada menyangka penyanyi berkenaan mengalami masalah kesihatan.

Menjelaskan mengenai penurunan berat badannya itu, Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sebaliknya memang mengamalkan diet sihat.

Kata Dayang, setiap kali mempunyai persembahan besar, dia akan menjaga pemakanan bagi memastikan penampilannya berada dalam keadaan baik.

Dayang 3

Dayang sangat mementingkan penampilan apabila mempunyai persembahan atau konsert besar.

"Saya ada buat pemeriksaan kesihatan secara berkala dan sering mendapatkan nasihat doktor.

"Alhamdulillah berat badan saya ideal dan saya sihat," katanya kepada mStar.

Dayang menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran konsert By Ajai and Mega Friends yang diadakan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau boleh esok nak kahwin” - Dayang Nurfaizah dah lali ditanya soal jodoh, tak letak kriteria calon suami

ARTIKEL BERKAITAN: “Gosip cinta... dah penat orang akan berhenti” - Dayang Nurfaizah biar peminat buat spekulasi

Dalam pada itu, Dayang memberitahu dia bukan seorang wanita yang obses untuk kurus malah sangat mementingkan kesihatan fizikal ketika mengamalkan diet.

Susulan itu, penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu berharap peminat berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai berat badannya kerana ia boleh menganggu kesihatan mentalnya.

"Saya minta peminat doakan yang terbaik dan janganlah doakan atau bercakap perkara yang buruk," ujarnya.

Dayang 2

Dayang antara artis terlibat dalam konsert By Ajai and Mega Friends pada 3 Ogos depan.

Dalam perkembangan lain, Dayang meluahkan rasa teruja apabila bakal terlibat dalam konsert By Ajai and Mega Friends yang turut menampilkan barisan penyanyi hebat lain seperti Aina Abdul, Hafiz Suip, Hazama dan Aufa Hanie.

Menurut Dayang, pada konsert itu nanti dia akan mendendangkan dua buah lagu ciptaan Ajai termasuk Seandainya Masih Ada Cinta yang berjaya mengangkat namanya dalam industri muzik.

By Ajai and Mega Friends bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024 di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

Tiket konsert tersebut sudah pun mula dijual bermula 6 Mac dengan harga serendah RM197 di laman web Ticket2u.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Dayang Nurfaizah,

Artikel Lain