suria

“Gosip cinta... dah penat orang akan berhenti” - Dayang Nurfaizah biar peminat buat spekulasi

Dayang tidak peduli jika orang katakan dia dan Amir ada hubungan istimewa selepas tampil duet bersama

TAMPIL dengan lagu duet bersama penyanyi Amir Masdi, Dayang Nurfaizah tidak takut jika namanya sekali lagi dikaitkan dengan gosip cinta seperti mana pernah diperkatakan ketika dia menyanyikan lagu Haram bersama Hael Husaini.

Bagi Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 41, peminat akan bercakap apa sahaja dan memberikan pendapat mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dayang Nurfaizah akui sedih sering ditanya soal kahwin - “Sibuk kerja tak fikir soal pasangan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun teringin nak kahwin!” - Dayang Nurfaizah akui mula rasa cemburu tengok ramai artis tamat zaman bujang

“Apabila orang melihat kerjasama kami berdua, mereka akan beri pendapat tersendiri.

“Biarlah mereka mahu kata apa pun. Bila sudah penat nanti orang akan berhenti bercakap tentang perkara itu,” kata Dayang.

dayang 1

Dayang sering ditanyakan tentang gosip cinta dan jodoh

Dalam masa sama, Dayang tidak melihat kolaborasi bersama penyanyi muda Amir adalah salah satu cara untuk dia kekal relevan dalam industri.

Namun kata Dayang, setiap kolaborasi memberi pelajaran baharu buatnya dalam bidang muzik.

Bila sudah penat nanti orang akan berhenti bercakap tentang perkara itu

DAYANG NURFAIZAH

PENYANYI

“Sebagai seorang penyanyi saya mahu kembangkan lagi kerjaya seni ini.

“Saya suka konsep kolaborasi sebegini dan banyak perkara baharu yang dapat saya pelajari.

“Jika ini adalah satu cara untuk kekal relevan itu adalah perkara bonus,” katanya.

Bercerita tentang lagu Debu yang baru dilancarkan pada Selasa, kata Dayang dia mengalami sedikit kesukaran ketika menjalani rakaman muzik video.

dayang 3

Seronok merakamkan muzik video Debu

Dayang akui dia tidak pandai berlakon dan perlu bermain dengan emosi untuk menghidupkan jalan cerita lagu tersebut.

“Memang banyak kerja sikit kena buat ketika merakamkan video muzik. Saya bukanlah seorang yang pandai berlakon.

“Saya ambil cabaran bermain dengan emosi untuk menghidupkan jalan cerita dalam video muzik itu.

“Apa pun saya rasa sangat seronok menjalani proses tersebut,” jelasnya.

Lagu duet Dayang bersama Amir itu merupakan ciptaan bersama Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim.

Ia diterbitkan oleh Nova Music dan Faithful Music serta serta diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Video muzik Debu boleh ditonton di saluran Youtube Faithful Music.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain