suria

Empat tahun menduda, Zul (2by2) kini suami penyanyi Intan Maya, beri mas kahwin RM22,222.22

Zul dan Maya saling melengkapi

SELEPAS hampir empat tahun menduda, penyanyi dan komposer Zul (2 by 2) kembali mendirikan rumah tangga dengan Intan Maya yang juga seorang penyanyi dan pernah menganggotai kumpulan The Girls.

Zul atau nama sebenarnya Zulkefli Majid, 50, berkata, perkenalan mereka bermula sekitar bulan April tahun lalu dan Maya adalah wanita yang berjaya membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk bekerja selepas kegagalan rumah tangga sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak tahu jalan cerita jangan buat andaian"- Zul (2by2) diminta berbaik dengan Isma

ARTIKEL BERKAITAN: "Insiden Maki Wanita Kerana Maruah" - Zul (2 By 2)

“Banyak persamaan antara kami, Maya mempunyai ciri-ciri wanita yang saya mahukan seperti pandai mengambil hati dan tahu untuk kawal keadaan. Dia juga pandai memasak.

“Saya pernah rasa putus asa sebelum ini dan Maya memberi saya semangat untuk kembali bekerja. Dia melengkapi kekosongan dalam diri ini.

“Kini saya rasa lebih tenang dan dihargai,” ujarnya kepada mStar.

zul maya 2

Maya melengkapi kekosongan dalam hidup Zul

Pasangan ini diijab kabulkan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah masjid di Cheras pada Selasa.

Maya atau nama sebenarnya Intan Maya Sulaiman, 39, menerima mas kahwin berjumlah RM 22,222.22 sempena tarikh tersebut.

Zul sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan kakak Tomok iaitu penyanyi Ismaliza Ismail dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Kini saya rasa lebih tenang dan dihargai

ZUL (2 BY 2)

PENYANYI/KOMPOSER

Manakala Maya pula mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

“Kami berjumpa ketika sama-sama solo.

“Sebelum ini saya sudah ada pengalaman berkahwin selama 20 tahun, jadi tidak ada masalah rasanya untuk kembali membiasakan diri menjadi suami.

“Tanggungjawab saya juga besar kerana sekarang ada sembilan orang anak. Jadi saya cuba sebaik mungkin untuk lakukan tugas sebagai seorang bapa,” kata Zul.

zul maya 1

Antara ahli keluarga yang menghadiri pernikahan mereka

Sementara itu, berkongsi pengalaman lalu, Maya berkata dia pernah menyimpan dendam terhadap Zul kerana menjadi punca dia didenda di sekolah gara-gara menyanyikan lagu Kau Mawarku.

“Ketika di zaman sekolah saya pernah mengajak kawan-kawan menyanyi lagi Kau Mawarku sehingga menyebabkan kami didenda oleh guru. Sejak dari itu saya jadi marah dan benci pada Zul.

“Orang selalu bercakap, kalau marah pada seseorang akan jadi jodoh. Siapa sangka sekarang ini saya jadi isteri kepada penyanyi lagu yang pernah membuatkan saya didenda di sekolah,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain