suria

Lepas rindu tidur atas katil bujang, Shah Iskandar buat ‘check list’ sebelum balik Singapura

Shah rancang ambil cuti dan pulang ke Singapura

LEBIH tiga tahun tidak pulang ke Singapura akibat pandemik Covid-19, pelakon Shah Iskandar akui terlalu rindu untuk bertemu keluarga di sana.

Malah pemilik nama Shah Iskandar Mahfuz, 40, ini juga belum sempat memperkenalkan anak lelakinya yang kini sudah berusia dua tahun dengan saudara-mara di negara kelahirannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu dah pernah popular, sekarang dapat watak ‘pak pacak’ pun jadilah - Shah Iskandar

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu ikut nafsu orang muda, Shah Iskandar berhabis RM1 juta... mula matang selepas jadi bapa

“Ketika anak saya dilahirkan, kita sudah berhadapan dengan situasi pandemik dan sekatan pergerakan. Jadi memang tidak boleh pulang ke Singapura.

“Kemudian apabila boleh keluar negara, saya pula sibuk dengan jadual penggambaran. Jadi belum sempat lagi bawa anak bertemu saudara-mara di sana.

shah iskandar anak 2

Shah teruja untuk membawa anak bertemu keluarga di Singapura

“Saya rancang untuk ambil cuti dalam masa terdekat. Tetapi tidak boleh berehat lama kerana terikat dengan jadual kerja,” kata Shah.

Dalam pada itu, Shah berkata, sukar untuk menggambarkan perasaan rindu terhadap ibu dan adik-beradiknya di sana.

Dia yakin pasti ada air mata yang tumpah apabila mereka berhimpun semula sekeluarga suatu hari nanti.

Perjalanan pulang nanti akan saya rakamkan supaya jadi kenangan. Saya pasti air mata akan jatuh nanti

SHAH ISKANDAR

PELAKON

“Mestilah saya rindu ibu dan adik-beradik. Selain itu saya juga rindu dengan katil bujang di rumah saya. Kalau boleh nak habiskan masa tidur di atas katil itu.

“Perjalanan pulang nanti akan saya rakamkan supaya jadi kenangan. Saya pasti air mata akan jatuh nanti.

“Kalau nampak saya menangis percaya ia bukan sekadar drama kerana saya sudah lama tidak pulang ke sana,” jelasnya.

Shah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah Mohd Noor pada Januari 2016 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Yusuf Zulkarnaen, 2 tahun.

shah iskandar anak 3

Sibuk dengan jadual penggambaran membuatkan Shah belum sempat melawat keluarga di Singapura

Bercakap tentang perkembangan kerjaya, Shah tampil dengan drama baharu berjudul Love in Lockdown yang mula disiarakn di platform SOOKA.

Dalam drama tersebut, Shah membawa watak suami berjiwa lembut dan berhadapan dengan konflik keluarga apabila isterinya terlalu sibuk dengan kerja.

“Watak drama ini sangat menarik kerana jarang kita melihat suami berjiwa lembut dan isteri yang lebih menyerlah.

“Cabarannya bukan mudah kerana saya perlu kawal emosi supaya sentiasa nampak tenang walau dalam keadaan sukar,” ceritanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain