suria

Tak fikir panjang muncul di AJL38, Beto Kusyairy kagum perjalanan seni Amir Jahari

Kemunculan Beto dan Diana mendapat sorakan penonton.

PELAKON Betor Kusyairy tidak berfikir panjang ketika diundang membuat kemunculan istimewa dalam persembahan Amir Jahari di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) pada malam Ahad.

Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, berkata, dia berbesar hati dapat membantu Amir menjayakan persembahan lagu Hasrat.

"Kes istimewa untuk orang istimewa. Untuk kau (Amir), besar hati aku," katanya yang menulis semula perbualan bersama Amir.

beto 2

Beto kagum dengan perjalanan Amir.

Pelakon berkenaan berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Isnin berserta ucapan tahniah buat Amir yang bergelar juara AJL38.

Beto tampil bersama Diana Danielle pada penghujung persembahan tersebut sebagai gambaran semula filem Imaginur yang turut menggunakan Hasrat sebagai lagu runut bunyi (OST).

Dalam pada itu, Beto meluahkan rasa kagum terhadap perjalanannya Amir sepanjang bergelar anak seni.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] AJL38 kemenangan pertama dalam karier, Amir Jahari masih rasa pelik

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari juara AJL38, Aina Abdul pertahan trofi Vokal Terbaik

"Aku tak tahu secara terperinci apa dia tempuh sebelum dan sepanjang bergelar seniman. Tapi aku tahu perjalanan yang dia lalui tak semua mampu pikul.

"Istimewanya dia bertahan walau dalam kepayahan. Sesuatu yang tragis berlaku dalam hidup ada sebabnya dan itu adalah rahsia Allah," ungkapnya.

Pada malam AJL38 yang berlangsung di Arena Axiata itu, kemunculan Beto dan Diana mendapat tepukan dan sorakan penonton.

beto 3

Amir menjemput Beto dan Diana membuat penampilan khas.

Beto dan Diana memakai semula baju yang digayakan untuk poster Imaginur.

Biarpun sekadar berjalan di atas pentas, kemunculan dua pelakon ini cukup bermaka sekali gus menghidupkan jalan cerita lagu Hasrat.

Beto turut mengucapkan kata-kata semangat buat Amir dan meluahkan rasa kagum karya berkenaan diangkat sebagai juara.

"Terima kasih kerana tak putus semangat. Aku percaya kau akan tetap seperti sekarang... tunduk dan merendah walau sedang dalam kemasyhuran," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain