suria

[V] Persembahan keluar bau harum, rupanya Aina Abdul sembur minyak wangi... 80 petugas bantu persiapan AJL38

SERAMAI 80 orang petugas membantu penyanyi Aina Abdul melakukan persiapan bagi memastikan persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) berjalan lancar.

Aina berkata walaupun hanya meraih tempat ketiga menerusi lagu ciptaannya Jangan Mati Rasa Itu namun kejayaan itu bukan miliknya seorang tetapi semua yang berada di belakangnya.

"Kejayaan ini bukan untuk saya seorang sahaja. Di sebalik Aina Abdul ada hampir 80 orang yang terlibat dalam melakukan persiapan.

"Selain untuk peminat, kemenangan ini juga untuk pasukan Jangan Mati Rasa Itu.

IMG_7826

Persembahan bertenaga daripada Aina Abdul.

"Terima kasih atas sokongan semua pihak... Semangat sahaja tidak akan bawa kita ke mana-mana tanpa sokongan daripada pasukan," katanya kepada mStar.

Aina berkongsi perkara itu semasa sidang media AJL38 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad.

Selain mendapat tempat ketiga, Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM54,000 berserta trofi.

Bercakap mengenai persembahannya, Aina yang tampil dengan tema Tree of Life mendapat ilham konsep semasa melancong ke luar negara ketika musim luruh.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari juara AJL38, Aina Abdul pertahan trofi Vokal Terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza pilih lagu Aisha Retno, Aina Abdul dan Ernie Zakri juara AJL38

Lebih unik, persembahan Aina turut mengeluarkan bau wangi menggunakan 50 mililiter minyak wangi buatan tempatan.

"Minyak wangi itu sebenarnya idea tambahan yang saya suntik dalam AJL38 sebab nak wujudkan suasana tenang dan menyuntik deria bau penonton.

"Saya tak tahu kalau ada yang perasan tapi kalau ada bau wangi itu daripada minyak wangi itulah," kongsinya.

Sementara itu, Aina berkata, dia berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga lagu Jangan Mati Rasa Itu walaupun tidak bergelar juara.

Untuk mengatakan saya sedih sebab dapat tempat ketiga itu maksudnya saya tidak bersyukur.

AINA ABDUL

PENYANYI

Kata Aina, tiga anugerah yang diperoleh sangat membanggakan dan bukan untuk ditangisi.

"AJL adalah pentas meraikan pengkarya muzik malah saya rasa ini adalah edisi paling akan saya ingat sampai bila-bila.

"Tahun ini memperlihatkan pelbagai genre lagu berentap dan ia sesuatu perlu kita raikan untuk industri muzik Malaysia.

"Untuk mengatakan saya sedih sebab dapat tempat ketiga itu maksudnya saya tidak bersyukur dan bertentangan dengan tujuan saya menulis lagu," jelasnya.

Aina memberitahu dia juga gembira dan berasa bangga apabila lagu ciptaan dan nyanyian Amir Jahari berjudul Hasrat bergelar juara.

IMG_7828

Aina berpuas hati dengan tempat ketiga di AJL38.

Katanya, dia dan Amir memiliki persamaan sekali gus membuatkan dia menyukai lagu tersebut secara peribadi.

"Saya suka dengan setiap lagu yang bertanding di AJL38. Semua lagu ini mempunyai kehebatan masing-masing.

"Sesiapa saja boleh dinobatkan sebagai juara, kita sepatutnya gembira.

"Secara peribadi, saya memang suka lagu Hasrat. Walaupun saya menyanyi lagu balada dan bernada tinggi, jiwa saya sebenarnya amat sukakan lagu ciptaan Amir.

"Saya juga datang dari latar belakang sebegitu. Saya mula menulis lagu pun dengan gitar," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain