suria

[V] Aisha Retno diserang anxiety selepas AJL38, kongsi pengalaman ditarik 30 kaki ke udara

PENYANYI Aisha Retno diserang masalah kebimbangan melampau atau anxiety sebelum acara sidang media Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) sehingga terpaksa ditenangkan pasukannya.

Aisha, atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, berkata, dia tidak pasti punca dia mendapat serangan itu namun menanggap ia bukan dalam kawalannya.

"Saya tak tahu apa berlaku dengan badan saya mungkin sebab penat tapi itu bukan alasan sebagai seorang anak seni.

IMG_7793

Persembahan Aisha memukau para penonton.

"Bila Allah mahu ia terjadi, kita tak boleh nak elak," katanya.

Aisha berkongsi perkara itu semasa sidang media AJL38 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad.

Pada acara berprestij itu, Aisha mendapat tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 bersama trofi.

Aisha juga pemenang kategori Persembahan Terbaik dan mendapat hadiah wang tunai RM12,000.

ARTIKEL BERKAITAN: AJL38 kemenangan pertama dalam karier, Amir Jahari masih rasa pelik

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari juara AJL38, Aina Abdul pertahan trofi Vokal Terbaik

Bercakap mengenai persembahannya, Aisha memberitahu tidak berasa takut apabila digantung setinggi 30 kaki.

Katanya pasukannya telah menariknya dengan baik memandangkan dia tidak takut dengan ketinggian.

“Saya tiada masalah dengan ketinggian tapi tak suka pada kelajuan. Tarik saya ke atas, saya okay sahaja.

"Kalau laju-laju lebih baik naik roller coaster," luahnya lagi.

IMG_7800

Aisha terbang setinggi kira-kira 30 kaki.

Dalam pada itu, Aisha mendedahkan kos persembahannya mencecah enam angka dan merupakan bajet terbesar pernah dikeluarkan sepanjang bergelar penyanyi.

"Tapi saya gembira kerana hasilnya sangat bagus.

“Bila diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan naib juara saya rasa berbaloi dengan semua kos dikeluarkan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain