suria

Persembahan Amir Jahari dapat pujian Siti Nurhaliza, ‘Hasrat’ mampu buat kejutan di AJL38

Siti memuji persembahan Amir Jahari di pentas AJL38.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji persembahan Amir Jahari di Anugerah Juara Lagu ke-38 yang sedang berlangsung pada malam Ahad.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata, persembahan Amir menerusi lagu ciptaannya berjudul Hasrat memberi rasa luar biasa.

Malah dia juga tidak terkejut sekiranya lagu itu berjaya memperoleh tempat di AJL38.

2573548_4094

Amir memberikan persembahan memukau di AJL38.

"Lagu Amir sampai lain macam, boleh buat kejutan ini," katanya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya sebaik saja tamat persembahan Amir.

Sebelum ini, Siti meramalkan Aisha Retno (Sutera), Ernie Zakri (Astana) Masdo atau Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu) bakal bergelar juara AJL38.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza pilih lagu Aisha Retno, Aina Abdul dan Ernie Zakri juara AJL38

ARTIKEL BERKAITAN: Sarat mengandung bukan alasan, persembahan pembukaan AJL38 Shila Amzah macam bertanding!

AJL38 dihoskan oleh Alif Staar dan Sherry Al Hadad berlangsung pada malam Ahad di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebanyak 12 lagu yang layak ke pentas AJL38 termasuk Sutera (Aisha Retno), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan), Kalam (Shiha Zikir), Bintang (Hael Husaini), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul) dan Santai (Naqiu).

Turut bertanding adalah lagu Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Hasrat (Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita & Afieq Shazwan), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain