suria

Ramalan netizen tepat… Alif Satar hos bersama Sherry Alhadad AJL38

Sherry dan Alif bergabung di pentas AJL38.

PENGACARA Sherry Alhadad bakal bergandingan dengan Alif Satar sebagai hos acara berprestrij Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung pada malam Ahad.

Sebelum ini, pihak TV3 hanya memaklumkan Sherry bakal mengacara di AJL38 dan akan mengumumkan rakan gandingannya pada hari kejadian.

Sherry juga menerusi satu temu bual enggan mendedahkan identiti rakan gandingannya kerana ingin mewujudkan elemen kejutan.

ajl 38 2

Kehangatan AJL38 semakin terasa menerusi perkongsian sesi latihan penyanyi bertanding.

"Saya tak boleh nak dedahkan siapakah gerangan individu ini. Kalau nak tahu, kenalah tunggu malam esok.

"Nama pun AJL paling ikonik, kenalah ada kejutan. Tak kisahlah siapapun pengacaranya, kerana apa yang penting, acara ini dapat mengangkat komposer, penulis lirik dan penyanyi," kongsinya.

Susulan itu, pihak TV3 juga meletakkan beberapa bayangan di media sosial agar warganet meneka rakan gandingan Sherry.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza pilih lagu Aisha Retno, Aina Abdul dan Ernie Zakri juara AJL38

ARTIKEL BERKAITAN: Suka filem ‘Imaginur’, Neelofa pilih lagu nyanyian Amir Jahari menang AJL38

Bagai dijangka, warganet membuat tekaan dengan menyebut Alif di ruangan komen.

Sementara itu, dua lagi personaliti terpilih adalah Fiza Frizzy dan Fizi Ali yang ditugaskan untuk mengendalikan acara permaidani merah.

AJL38 bakal berlangsung pada malam Ahad di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

ajl38 1

Khai dan Nabila mempertaruhkan lagu berjudul Selagi Ku Ada.

Sebanyak 12 lagu yang layak ke pentas AJL38 termasuk Sutera (Aisha Retno), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan), Kalam (Shiha Zikir), Bintang (Hael Husaini), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul) dan Santai (Naqiu).

Turut bertanding adalah lagu Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Hasrat (Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita & Afieq Shazwan), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain