suria

Suka filem ‘Imaginur’, Neelofa pilih lagu nyanyian Amir Jahari menang AJL38 

Neelofa meminati lagu ciptaan Amir Jahari, Hasrat.

SEPERTI tahun sebelumnya, pengacara dan usahawan Neelofa akan tampil dengan ramalan bersempena dengan Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) yang bakal berlangsung pada malam Ahad.

Bagi edisi kali ini, Neelofa dan Noor Neelofa Mohd Noor, 35, meletakkan harapan tinggi lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari bakal bergelar juara.

Bagaimanapun katanya, pilihan tersebut adalah peribadi kerana dia sendiri menyukai filem Imaginur yang menjadikan karya tersebut sebagai lagu runut bunyi (OST).

"Ramalan saya AJL38 yang berpotensi akan menang adalah Hasrat. Sedikit bias sebab saya menonton dan suka filem itu (Imaginur)," katanya.

553 (1)

Lagu nyanyian Ernie iaitu Astana turut menjadi pilihan Neelofa.

Neelofa menulis perkara tersebut di laman X miliknya pada pagi Ahad.

Dalam masa sama dia juga meramalkan lagu Astana nyanyian Ernie Zakri sebagai salah satu calon juara lain.

Ramalan Neelofa tentang pemenang AJL sememangnya menjadi bualan ramai dan sentiasa dinantikan setiap tahun kerana selalunya setiap pilihan yang dibuat adalah tepat.

Sebelum ini Neelofa pada awalnya memberitahu enggan lagi membuat ramalan dan berseloroh dia sudah 'bersara'.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza pilih lagu Aisha Retno, Aina Abdul dan Ernie Zakri juara AJL38

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bimbang Aina Abdul banyak sangat ‘show’, minta fokus persediaan AJL38

Bagaimanapun atas permintaan ramai peminat, dia sekali lagi memilih untuk sama-sama memeriahkan malam kegemilangan AJL38.

Untuk rekod Hasrat merupakan lagu ciptaan Amir Jahari sepenuhnya.

Manakala Astana pula dihasilkan bersama oleh Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri dan Syamel.

Selain dua karya ini lagu yang turut bertanding adalah Sutera (Aisha Retno), Darah (Marsha Milan), Kalam (Shiha Zikir), Bintang (Hael Husaini), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul) dan Santai (Naqiu).

Lagu-lagu lain termasuk Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Kucuma (Wany Hasrita & Afieq Shazwan), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).

AJL38 bakal bersiaran secara langsung di Aiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain