suria

[V] Kongsi masalah peribadi di IG bukan cara Siti Nurhaliza, bakal sibuk dengan program Infaq sepanjang Ramadan

MEDIA sosial tidak pernah menjadi medium buat penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan perasaan tentang masalah berkaitan rumah tangga atau peribadi.

Sebaliknya kata Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, dia dan suami iaitu Datuk Seri Khalid Jiwa lebih selesa menggunakan WhatsApp bagi menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku.

"Selepas memadam hantaran tersebut, suami pun ada tanya apa yang berlaku. Dia tanya apa yang saya post di Instagram.

"Sebenarnya tiada apa pun, netizen suka memanjangkan dan buat spekulasi sendiri. Kalau saya nak teruskan 'jiwa lara' itu saya akan biarkan sahaja hantaran tersebut.

Siti dan Khalid lebih selesa berbincang sekiranya mempunyai masalah.

Siti dan Khalid lebih selesa berbincang sekiranya mempunyai masalah.

"Biasanya kalau marah atau ada salah faham, saya akan selesaikan dengan suami melalui WhatsApp," katanya kepada mStar.

Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Kempen Infaq Ramadan anjuran Yayasan Nurjiwa yang diadakan di Bamboo Hills Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Siti menjelaskan perkongsian mengenai peranan suami dan isteri yang dibuat tidak lebih sekadar ilmu secara umum buat semua pengikutnya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: "Suka gosip tau"... Siti Nurhaliza 'post' gambar dengan Datuk K, minta jangan fikir bukan-bukan

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza pilih lagu Aisha Retno, Aina Abdul dan Ernie Zakri juara AJL38

Malah katanya, menjadi kebiasaan dia berkongsi ilmu dalam pelbagai perkara dan tidak menyangka hantaran mengenai rumah tangga pula mendapat perhatian ramai.

"Kadang-kadang pada hari Jumaat memang saya kongsi tentang perkara berkaitan rezeki, adab tetapi bila muat naik tentang rumah tangga tiba-tiba orang mengaitkannya dengan saya.

"Disebabkan itu saya cepat-cepat padam hantaran tersebut kerana ramai salah sangka.

Biasanya kalau marah atau ada salah faham, saya akan selesaikan dengan suami melalui WhatsApp.

DATUK SERI SITI NURHALIZA

PENYANYI

"Apa yang dikongsi itu hanya sekadar ilmu tentang peranan suami dan isteri. Tak sangka pula viral," jelasnnya.

Pada awal Februari lalu, gosip rumah tangga Siti dan Khalid atau lebih mesra dengan sapaan Datuk K menjadi bualan ramai apabila penyanyi itu berkongsi kata-kata atau quotes berkaitan rumah tangga.

Perkongsian itu sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada hubungan Siti dan Datuk K sedang dilanda masalah apatah lagi penyanyi itu bertindak memadam hantaran tersebut.

Siti ketika ditemui rakan media di majlis pelancaran Kempen Infaq Ramadan.

Siti ketika ditemui rakan media di majlis pelancaran Kempen Infaq Ramadan.

Untuk rekod, Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 3 tahun.

Dalam perkembangan lain, Siti memberitahu pihak Yayasan Nurjiwa bakal menganjurkan beberapa aktiviti bersempena bulan puasa nanti menerusi program Infaq Ramadan.

Jelas Siti, program itu termasuklah bantuan kotak makanan kepada golongan asnaf, majlis iftar selain menyediakan juada berbuka puas dan moreh di surau serta masjid terpilih.

ct3 - 1

Siti meneruskan usaha Yayasan Nurjiwa untuk membantu golongan susah.

"Infaq Ramadan ini adalah salah satu daripada usaha yang berterusan daripada Yayasan Nurjiwa kerana setiap tahun kami memang aktif memberikan sumbangan.

"Marilah kita mengambil peluang untuk menderma pada bulan Ramadan yang dilimpahi banyak kelebihan yang dijanjikan Allah.

"Semoga setiap kebaikan bersedekah akan Allah kurniakan pahala berlipat ganda," katanya.

Yayasan Nurjiwa turut merancang untuk mengadakan edaran bubur lambuk kepada orang ramai serta memberikan sumbangan baju raya kepada anak-anak yatim, golongan asnaf serta golongan kurang berkemampuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain