suria

Kereta dilanggar penunggang motosikal, pemuda minta bergambar selepas sedar Shakilla Khoriri artis - “Nasib mood baik”

Shakilla layan peminat dengan mesra selepas kemalangan.

PELAKON Shakilla Khoriri berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas kereta dipandunya dilanggar sebuah motosikal dari arah belakang.

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederan namun Shakilla terpaksa menanggung kerugian apabila klip pada bahagian belakang keretanya patah dan perlu diganti.

Kata Shakilla, kemalangan itu berlaku selepas penunggang motosikal tersebut memandu dalam jarak dekat dan tidak sempat mengelak keretanya.

shakila 2

Cuba untuk baiki belakang kereta yang rosak.

"Yang kau ikut dekat-dekat kenapa? Nasib baik tak mati tau tak.

"Kalau ada lori ke, jatuh ke. Meminta kau eh," katanya.

Shakilla berkongsi kejadian itu menerusi TikTok miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen korek kisah silam Shakilla dan suami, elak bersuara bimbang semua pihak dapat masalah... “Jangan paksa saya spill the tea”

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri perjelas alasan rahsia pernikahan, kurang senang ada pihak bocor hari bahagia

Menerusi video tersebut dapat dilihat pemuda berkenaan berkali-kali mencuba memperbaiki klip kereta Shakilla namun tetap tidak berjaya.

Bercerita mengenai kejadian itu, Shakilla memberitahu penunggang motosikal tersebut memberi alasan tidak menyangka dia akan menekan brek ketika dia ingin menukar laluan.

Bagaimanapun, kejadian itu turut terselit kisah lucu apabila pemuda berkenaan meminta bergambar dengannya sebagai tanda kenang-kenangan selepas menyedari Shakilla seorang selebriti.

shkila

Shakilla dianggap mesra oleh peminat-peminatnya.

Kata Shakilla, walaupun cemas dengan kemalangan itu namun dia tetap melayani permintaan pemuda tersebut untuk bergambar.

"Kau dah langgar kereta aku sampai rompong 'mulut' dia dekat bawah lepas itu nak bergambar.

"Nasib baik hari ini mood aku baik," tulisnya.

Sikap mesra ditunjukkan Shakilla mendapat pujian ramai yang menyifatkan dia seorang peramah dan tidak sombong walaupun bergelar selebriti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain