suria

Sudah tiba masa sumbang bakat pada agama, Tyzo sertai IKIM FM bermula 11 Mac

Tyzo bakal ke udara di IKIM FM bermula 11 Mac ini.

PENYAMPAI radio Tyzo mengakhiri spekulasi mengenai hala tuju kariernya apabila bakal memulakan tugas sebagai deejay di stesen radio IKIM FM bermula 11 Mac ini.

Tyzo atau Tuah Zolqarnain Idris berkata, peluang bersama stesen radio berkenaan diharap dapat menampilkan kelainan meskipun IKIM FM lebih dikenali dengan kandungan berbentuk keislaman.

Kata Tyzo, hatinya juga terbuka untuk menerima tawaran stesen radio berkenaan selepas pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

Untitled-2

Tyzo berharap kehadirannya di IKIM FM dapat memantapkan lagi stesen radio berkenaan.

"Walaupun mengetengahkan genre berbeza daripada stesen radio pernah saya bekerja sebelum ini tetapi dengan pengalaman 21 tahun di konti memberi keyakinan untuk buat lebih baik.

"Ketika di Makkah saya asyik teringat-ingat tawaran yang diberikan. Selepas sekian lama lebih kepada hiburan sekarang saya cuba berubah pula," katanya kepada mStar.

Nama Tyzo diumumkan sebagai penyampai baharu stesen berkenaan dalam majlis Penjenamaan Semula dan Pelancaran Logo IKIM FM yang berlangsung di Putrajaya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tyzo tamatkan tugas bersama Suria FM

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 20 tahun menanti, trofi Penyampai Radio Popular milik Tyzo

Majlis itu turut dirasmikan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil selain dihadiri oleh Bekas Ketua Pengarah IKIM, Tan Sri Dr Ismail Ibrahim.

Tyzo akan bergandingan dengan Suffian Amrin dan Luqman Hakim mengendalikan segmen Inspirasi Pagi di stesen berkenaan.

Segmen itu ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Sudah tiba masanya untuk saya menyumbang kelebihan bakat dan kemahiran untuk agama dan negara.

TYZO

PENYAMPAI RADIO IKIM FM

Dalam masa sama permulaan baharu ini diharapkan dapat memberi manfat kepada lebih ramai pendengar.

“Sudah tiba masanya untuk saya menyumbang kelebihan bakat dan kemahiran untuk agama dan negara.

“Saya harap peluang ini akan menaikkan martabat IKIM FM bukan sekadar radio oleh umat Islam tetapi menjadi rujukan semua pendengar,” jelasnya.

WhatsApp Image 2024-03-04 at 4.34.40 PM

Tyzo bergandingan dengan Luqman Hakim (kiri) dan Suffian Amrin menerusi segmen Inspirasi Pagi.

Pada 12 Januari lalu Tyzo mengumumkan penamatan perkhidmatan dengan stesen Suria FM selepas lapan tahun bertugas.

Bagaimanapun kontraknya bersama stesen berkenaan masih berjalan sehingga awal Mac lalu.

Dia sebelum ini juga memberi bayangan menerima beberapa tawaran daripada stesen radio berbeza namun akhirnya memilih IKIM FM.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain