suria

Tiket konsert Siti Nurhaliza di Singapura sold out

Siti kongsi khabar gembira tiket konsert habis dijual.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencatat kejayaan apabila tiket konsert Fenomene Live in Singapore habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam.

Meluahkan rasa syukur atas sambutan hangat yang diterima, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, juga dilihat tidak sabar bertemu peminat di Singapura nanti.

"Syukur tiket konsert di Singapura sudah habis dijual. Kita jumpa di konsert Fenomena nanti," katanya.

siti 22

Konsert di Singapura mendapat sambutan hangat peminat.

Siti berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Tiket konsert yang dijadualkan berlangsung pada 29 Jun ini mula dijual pada pukul 10 pagi hari Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai dua jam, tiket konsert ’Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ sold out!

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai Datuk K pun dapat panggilan tanya tiket, Siti Nurhaliza sedang usaha tambah ‘seat’ konsert

Konsert berkenaan akan berlangsung di The Star Theatre, Singapura yang boleh menampung kapasiti sebanyak 5,000 penonton.

Sebelum ini Siti juga pernah berkongsi berita gembira apabila tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis dijual dalam tempoh dua jam.

siti 33

Siti bakal bertemu peminat Singapura Jun ini.

Konsert berkenaan bakal berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 9 Mac ini.

Meskipun mendapat permintaan ramai untuk mengadakan konsert selama dua malam, Siti bagaimanpun memberitahu tidak akan berbuat demikian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain