suria

Tak sampai dua jam, tiket konsert ’Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ sold out!

Peminat kecewa tidak sempat membeli tiket konsert Siti.

TIKET konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka untuk jualan pada Khamis.

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza yang terharu dengan sokongan peminat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang membeli tiket konsert berkenaan.

Siti turut memohon maaf kepada mereka yang gagal mendapatkan tiket ke konsert tersebut dan berjanji akan menghiburkan penonton pada persembahan akan datang sekiranya diberikan rezeki.

sitii1 - 1

Tiket konsert Siti habis dijual dalam masa dua jam.

"Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuh hati terdalam. Maafkan saya kepada yang tidak dapat membelinya.

"Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga. Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya... Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya," katanya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Palestin sedang bergolak, netizen minta tangguh konsert... Siti Nurhaliza sudah fikir semua sudut

ARTIKEL BERKAITAN: Rekod diatasi Coldplay, Siti Nurhaliza beri bayangan buat konsert lebih besar sebelum bersara

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kesal kerana tidak sempat untuk merebut tiket konsert berkenaan.

Malah ada yang menyarankan untuk penyanyi itu menukar lokasi konsert ke tempat yang lebih besar.

"Tokti (panggilan Siti) apa kata konsert ni cancel dari Axiata pergi tukar ke Bukit Jalil. Jadi, ramai lagi boleh beli tiket.

"Awak (Siti) tu ada peminat beratus ribu tau. Tak sesuai buat di Axiata Arena.

"Buatlah sehari lagi ekstra. Buat malam Sabtu. Pertimbangkan kami ini," tulis netizen.

sitii22 - 1

Peminat mohon Siti menukar lokasi konsert.

Selasa lalu, Siti mengumumkan Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.

Pengumuman itu membuatkan ramai peminat teruja selain menyatakan rasa tidak sabar menghadiri konsert tersebut.

Tiket Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza sudah pun mula dijual pada pukul 2 petang Khamis dengan harga serendah RM129 hingga RM799.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain