suria

Palestin sedang bergolak, netizen minta tangguh konsert... Siti Nurhaliza sudah fikir semua sudut

Siti bakal menganjurkan konsert di Axiata Arena Mac depan.

PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak melatah apabila ramai mula mempersoalkan tindakannya menganjurkan konsert pada Mac tahun depan ketika saudara Islam di Palestin sedang berdepan kekejaman Zionis Israel.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, sebaliknya meminta pihak yang mempertikaikan penganjuran konsert tersebut untuk melihat semula tujuan ia diadakan.

"Kena semak semula anjuran siapa dan fungsi yayasan ini untuk bantu saudara kita. Insya-Allah saya sudah fikir segalanya," katanya.

Siti sudah memikirkan tujuan menganjurkan konsert.

Siti sudah memikirkan tujuan menganjurkan konsert.

Siti menjelaskan perkara itu sebagai menjawab pertanyaan pengikut di ruang komen Instagram miliknya.

Komen berkenaan meminta Siti menangguhkan konsert berkenaan disebabkan pergolakan yang berlaku di Palestin.

"Saudara kita di Palestin tengah berperang, masih nak buat konsert ke Tokti?

ARTIKEL BERKAITAN: Rekod diatasi Coldplay, Siti Nurhaliza beri bayangan buat konsert lebih besar sebelum bersara

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau ada komen saya juga yang kena" - Siti Nurhaliza minta henti buat perbandingan acara besar di SNBJ dengan dirinya

"Maaf sekadar bertanya. Kalau dapat tangguh dulu Tokti, please," komen individu berkenaan.

Selasa lalu, Siti mengumumkan Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.

Pengumuman itu membuatkan ramai peminat teruja selain menyatakan rasa tidak sabar menghadiri konsert tersebut.

Penyanyi lagu Purnama Merindu itu sebelum ini ada memuat naik hantaran menjelaskan setiap individu menunjukkan tanda sokongan bagi menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan dengan cara berbeza.

"Setiap orang ada cara dan peranan... Ada bentuk saran, pengorbanan dan sumbangan. Ada cara saran, pengorbanan dan sumbangan, ada cara menyediakan, memberikan serta menyalurkan.

Tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza sudah mula dijual.

Tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza sudah mula dijual.

"Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza satu medium yang menatang kedinginan, menghulurkan keprihatinan dan menghidangkan kebersamaan dengan hasrat dan tujuan.

"Dari kita untuk kita, menebar ke serata sampai tepat ke destinasi yang dibawa," ujarnya.

Tiket Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza sudah pun mula dijual dengan harga serendah RM129 hingga RM799 di laman web klticketing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain